Pergi ke kandungan

Kachha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kachha ialah sepasang seluar pendek. Peranannya ialah untuk mengingatkan seorang penganut Sikh sama ada lelaki atau wanita supaya tidak melakukan zina dan juga tanggungjawab mereka untuk menjaga kehormatan masing-masing sebagai suami atau isteri. Ia juga adalah untuk mengingati seorang Sikh tentang kebebasannya yang hakiki, tidak boleh dikongkong oleh sebarang kerajaan keduniaan.