Kajian penjara Stanford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kajian Penjara Stanford)

Kajian penjara Stanford (bahasa Inggeris: Stanford prison experiment) merupakan suatu penemuan utama dalam kajian psikologi mengenai tindak balas manusia kepada keadaan penahanan, terutamanya kepada keadaan sebenar kehidupan orang yang meringkuk penjara. Kajian ini dimulakan pada 1971 oleh Philip Zimbardo dari Universiti Stanford.

Peserta dipilih secara rawak untuk memainkan peranan "tahanan" dan "pengawal". Mereka yang memainkan peranan pengawal diberikan kayu dan cermin mata gelap; mereka yang terpilih berlakon sebagai tahanan ditahan oleh jabatan polis Palo Alto, dikutui, dipaksa memakai rantai dan pakaian penjara dan dihantar ke bilik bawah tanah jabatan psikologi Stanford yang telah ditukarkan kepada penjara sementara. Beberapa orang yang berlakon sebagai pengawal berperwatakan semakin kejam terutamanya pada waktu malam apabila mereka menyangka kamera ditutup, walaupun dipilih daripada kumpulan yang sama dengan tahanan.

Uji kaji ini dengan cepatnya menimbulkan kesan ketara secara mendadak di mana para "banduan" mula merusuh pada hari kedua. Seorang tahanan menghidap radangan psikosomatik seluruh tubuhnya tidak lama selepas apabila mendapati permohonan "ikat jamin"nya telah ditolak. Eksperimen tersebut dibatalkan hanya selepas 6 hari - lebih awal daripada tempoh dua minggu yang dirancang disebabkan kebimbangan salah seorang tahanan akan cedera teruk.

Walaupun matlamat uji kaji adalah untuk memeriksa keadaan tahanan, penemuan yang dicatat hasil pemerhatian ini telah digunakan untuk membuktikan bahawa seseorang mudah terpengaruh dan setia apabila dibekalkan dengan ideologi sah dan sokongan sosial serta keinstitusian. Kajian ini juga digunakan untuk menggambarkan teori ketakserasian kognitif dan kuasa.

Pencabulan hak asasi manusia seperti yang berlaku di penjara Abu Ghraib di bawah penguasaan angkatan bersenjata Amerika Syarikat pada Perang Iraq 2003 yang terkini mungkin menyokong apa yang berlaku dalam uji kaji pada kehidupan sebenar. Tentera diberikan peranan pengawal penjara tanpa sebarang pengalaman, latihan, atau jangkaan pengawasan dan mula menyeksa tahanan di sana dengan kejam [1]. Kebanyakan tindakan penghinaan khusus amat serupa dengan apa yang berlaku dalam Kajian Penjara Stanford, menurut Zimbardo. [2].

Matlamat dan kaedah[sunting | sunting sumber]

Zimbardo dan pasukannya bermula untuk menguji idea bahawa kecenderungan peribadi dalaman tahanan dan pengawal merupakan kunci ringkas untuk memahami keadaan penjara yang mengamalkan penderaan. Peserta diambil dan diberitahu mereka akan menyertai dua minggu simulasi penjara. Dari 75 orang yang memohon, Zimbardo dan pasukannya memilih 24 peserta lelaki yang mereka nilai paling stabil dari segi psikologi dan sihat. Peserta ini sebahagian besarnya merupakan berkulit putih dan daripada kelas pertengahan.[1]

"Penjara" itu sendiri terletak di bilik bawah tanah di Dewan Jordan, Stanford, yang telah ditukarkan menjadi penjara olok-olok. Pembantu penyelidik "undergraduate" adalah "warden" dan Zimbardo merupakan "Penyelia." Zimbardo menetapkan beberapa keadaan khas pada peserta yang dia harap akan menyebabkan kekeliruan, hilang personaliti dan hilang sifat individual.

Penyelidik membekalkan senjata baton kayu yang tidak boleh digunakan bagi mrnghukum tahanan, hanya untuk menetapkan status mereka-dan pakaian yang menyamai baju khaki-pengawal dan seluar dari kedai lebihan tentera. Mereka turut diberikan cermin mata bercermin bagi mengelakkan hubungan mata.

Tahanan memakai baju smocks yang longgar dan topi stokin, menjadikan mereka sentiasa tidak selesa. Pengawal memanggil tahanan menggunakan nombor yang diberikan, dan bukannya nama. Rantai pada buku lali mengingatkan mereka peranan mereke sebagai tahanan.

Penyelidik mengadakan sesi orientasi bagi pengawal sehari sebelum ujikaji, di mana para pengawal diberitahu bahawa mereka tidak boleh mencederakan tahanan secara fizikal. Dalam video Kajian Penjara Stanford, Zimbardo dilihat memberitahu para pengawal, "Anda boleh mencipta parasaan bosan pada tahanan, rasa takut pada tahap tertentu, anda boleh mencipta rasa takkeharuan bahawa hidup mereka dikawal sepenuhnya oleh kita, oleh sistem, awak, saya, dan mereka tidak memiliki privasi... Kita akan mengambil individual mereka dalam pelbagai cara. Secara umum kesemua ini akan mendorong kepada rasa hilang upaya. Dalam kata lain, ini dalam keadaan kita memiliki semua kuasa, dan mereka tidak memiliki apa-apa."[2]

Peserta yang memilih untuk memainkan peranan tahanan ditahan di rumah mereka dan dituduh dengan rompakan bersenjata. Jabatan polis Palo Alto tempatan membantu Zimbardo dengan tahanan dan melakukan prosedur tahanan sepenuhnya pada para tahanan, yang termasuk mengambil cap jari dan gambar tahanan. Di balai polis mereka dipindahkan ke penjara olok-olok di mana mereka di periksa bogel dan diberikan pengenalan baru.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Untuk hospital olok-oloknya dia menggunakan bilik bawah tanah bangunan Psikologi Universiti Stanford dan memilih 24 pelajar untuk memainkan peranan sebagai tahanan atau pengawal. Dia memilih kumpulan ini dari kelompok 70 orang yang kesemuanya tidak memiliki latar belakang jenayah, kecacatan psikologi, atau masalah perubatan. Mereka semua bersetuju untuk menyertai untuk tempoh selama 7 hingga 14 hari dan menerima $15 sehari.

Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Sel penjara olok-olok dibuka bagi memuatkan tiga tahanan setiap satu. Terdapat ruang kecil bagi laman penjara, kurungan seorang diri, dan bilik lebih besar seberang tahanan bagi pengawal dan warden.Tahanan perlu tinggal dalam sel sepanjang hari dan malam sehingga pengakhiran kajian. Pengawal berkerja dalam pasukan tiga selama giliran lapan jam. Pengawal tidak perlu tinggal di situ selepas giliran mereka.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Selepas sehari yang tenang, rusuhan berlaku pada hari kedua. Tahanan dalam sel 1 menghalang pintu sel mereka dengan katil mereka dan menanggalkan topi stokin mereka. Mereka enggan keluar atau melakukan apa-apa yang disuruh oleh pengawal. Pengawal menyedari bahawa mereka memerlukan lebih ramai untuk menangani rusuhan tersebut. Pengawal dari giliran lain sukarela bekerja lebih waktu dan berkerja sama untuk mematahkan rusuhan tahanan, menyerang tahanan dengan pemadam api tanpa penyeliaan dari kakitangan penyelidik. Para pengawal menyedari bahaa mereka mampu mengendali teman 9 sel dengan 9 pengawal tetapi tidak pasti agaimana hendak melakukannya dengan hanya 3 pengawal setiap giliran. Seorang dari pengawal kemudiannya mencadangkan agar mereka menggunakan taktik psilogi bagi mengawal tahanan. Mereka membuka "sel istimewa" di mana tahanan yang tidak terbabit dengan rusuhan dilayan dengan hadiah istimewa seperti makanan yang baik dan bukannya bahagian rasa kosong biasa. Tahanan "sel istimewa memilih untuk menolak makanan tersebut agar kekal bersatu dengan sesama tahanan

Hanya selepas 36 jam, salah seorang tahanan mula bertindak "tidak waras," kata Zimbardo; "#8612 kemudian mula bertindak tidak waras,menjerit, menyumah, dan menjadi ganas yang tidak terkawal. Ia mengambil masa untuk kami menyedari bahawa dia benar-benar menderita dan terpaksa membebaskannya."

Pengawal memaksa para tahananuntuk mengira berulang-ulang bagi menghafal nombor tahanan mereka, dan mengukuhkan idea bahawa ini merupakan identiti baru mereka. Para pengawal kemudiannya menggunakan pengiraan tahanan ini sebagai satu kaedah lain bagi mengacau tahanan, menggunakan hukuman fizikal seperti latihan berpanjangan bagi kesilapan pada kiraan tahanan. Keadaan kebersihan merosot dengan pantas, diburukkan lagi oleh pengawal yang enggan membenarkan sesetengah tahanan dari membuang air kecil atau air besar. Sebagai hukuman, pengawal tidak membenarkan tahanan mengosongkan baldi buangan mereka. Tilam merupakan barangan beharga dalam penjara, dengan itu pengawal akan menghukum tahanan dengan mengeluarkan tilam, membiarkan mereka tidur di atas konkrit. Sesetengah tahanan dipaksa berbogel sebagai kaedah memalukan.


Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Slideshow on official site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2000-05-12. Dicapai pada 2017-08-23.
  2. ^ "C82SAD L07 Social Influence II The BBC Prison Experiment (handout).doc". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2017-08-23.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Carnahan, T. & McFarland, S. (2007). Revisiting the Stanford Prison Experiment: Could Participant Self-Selection Have Led to the Cruelty? Personality and Social Psychology Bulletin, Vol. 33, No. 5, 603-614.
  • Haney, C., Banks, W. C., & Zimbardo, P. G. (1973). Study of prisoners and guards in a simulated prison. Naval Research Reviews, 9, 1–17. Washington, DC: Office of Naval Research
  • Haney, C., Banks, W. C., & Zimbardo, P. G. (1973). Interpersonal dynamics in a simulated prison. International Journal of Criminology and Penology, 1, 69–97.
  • Haslam, S. Alexander & Reicher, Stephen (2003). Beyond Stanford: Questioning a role-based explanation of tyranny. Dialogue (Bulletin of the Society for Personality and Social Psychology), 18, 22–25.
  • Musen, K. & Zimbardo, P. G. (1991). Quiet rage: The Stanford prison study. Videorecording. Stanford, CA: Psychology Dept., Stanford University.
  • Reicher, Stephen., & Haslam, S. Alexander. (2006). Rethinking the psychology of tyranny: The BBC Prison Study. British Journal of Social Psychology, 45, 1–40.
  • Zimbardo, P. G. (1971). The power and pathology of imprisonment. Congressional Record. (Serial No. 15, 1971-10-25). Hearings before Subcommittee No. 3, of the Committee on the Judiciary, House of Representatives, Ninety-Second Congress, First Session on Corrections, Part II, Prisons, Prison Reform and Prisoner's Rights: California. Washington, DC: U.S. Government Printing Office.
  • Zimbardo, P. G (2007) Understanding How Good People Turn Evil. Interview transcript. "Democracy Now!", March 30, 2007. Accessed March 31, 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Abu Ghraib and the experiment: