Karusel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah karusel di Mesir.

Karusel (Itali carosello), bulatan,[1] atau merry-go-round, adalah sejenis tunggangan permainan yang terdiri dari sebuah pelantar bulat berpusing yang dipsang kerusi untuk penunggangnya. "Kerusi" ini dahulunya diperbuat daripada barisan kuda kayu atau haiwan-haiwan lain yang dipasang pada tiang, kebanyakan dalam gerakan turun-naik dengan menggunakan giar bagi menyelaku larian kuda, dan diiringi dengan alunan muzik sarkas.

Karusel banyak menggunakan kerusi berbentuk kuda, dengan setiap kuda seberat kira-kira 100 lbs (45 kg). Kerusi bentuk lain mungkin juga digunakan,[2] seperti contoh babi, kuda belang, harimau dan haiwan mitos seperti naga atau unicorn.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chambers Dictionary
  2. ^ International Museum of Carousel Art. "A Brief History of the Carousel". Dicapai 2008-07-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]