Kereta kebal sederhana
Kereta kebal sederhana (Bahasa Inggeris: Medium Tank) ialah klasifikasi kereta kebal, terutamanya berleluasa pada Perang Dunia Kedua yang mewakili kompromi di antara mobiliti kereta kebal ringan dan perisaian dan persenjataan kereta kebal berat. Klasifikasi kereta kebal sederhana bukan berdasarkan daripada beratnya, tetapi daripada pengunaan taktikal dan tujuan yang dimaksudkan; contohnya kereta kebal sederhana Panther mempunyai berat yang sama seperti kereta kebal berat Kuasa Bersekutu kontemporari. Kereta kebal Perang Dunia Kedua yang paling dihasil secara besar-besaran, kos efektif dan berjaya (Panzer IV Jerman, T-34 Soviet dan M4 Sherman Amerika Syarikat) adalah semua reka bentuk kereta kebal sederhana. Kebanyakkan talian kereta kebal sederhana telah dijadikan kereta kebal utama oleh kebanyakkan negara.