Khabar Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Khabar cinta)

Khabar Cinta ialah drama web 24 episod pertama Malaysia. Webisode pertama telah dimuatnaikkan pada 3 Mac 2012 dan setakat ini telah mendapat ribuan tontonan dalam minggu pertama.[1] Drama ini diterbitkan oleh jenama coklat, Vochelle.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Shera Samad adalah seorang pelajar di INTI International University dan hidupnya serba sempurna – dia merupakan top student, editor di akhbar kolej dan presiden hampir semua kelab di kampus. Ibu bapanya adalah wartawan terkemuka yang jatuh cinta di medan perang dan menjadi inspirasinya.

Walau bagaimanapun, apabila bilangan pembaca akhbar tercintanya merosot dan ianya akan ditukarkan kepada versi online yang dikendalikan oleh celebrity blogger Karenina, hidup Shera mula berkacau bilau. Keazaman teguh Shera untuk menyelamatkan akhbarnya bertukar menjadi sebuah saga mengenai rahsia, hubungan yang putus dan yang diikat, persahabatan yang tidak diduga, dan ada kalanya, berita yang kurang menyenangkan.

Ikuti kisah Shera dan 6 pelajar lain yang jauh berbeza apabila mereka meredah perjalanan ini bersama di era social network, sehingga akhirnya, mereka menemui dan mengenali sesuatu yang paling manis dan luar biasa dalam hidup setiap insan - cinta.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Shakirah Rahman Sebagai Shera[2], seorang overachiever yang bercita-cita tinggi untuk menjadi wartawan terkemuka seperti ibu bapanya.Dia adalah top Student,Presiden hampir semua kelab di kampus dan editor akhbar kolejnya.Shera juga biasa mencapai apa yang diinginkan dan tidak mampu menerima sebarang kekalahan
  • Nigel Loo sebagai Aiden , Pelajar tampan dan paling popular di kampus yang suka mengorat banyak pelajar perempuan tetapi tidak akan menjalinkan hubungan dengan mereka
  • Mah Kit Wai sebagai Henry, Budak jahat yang tampan tetapi penuh misteri yang diminati ramai pelajar perempuan di kampus. Kawan baik kepada Aiden.
  • Careen Tan sebagai Jolene, BFF Shera dan co-editor akhbar kolej yang manis, terlalu baik hati,segan silu dan ada kalanya amat naif, Jolene lebih rela membiarkan rakan-rakannya mengambil semua kreditnya dan dia sentiasa memikirkan orang lain sebelum dirinya sendiri.
  • Natasha Carey sebagai Rena, gadis popular di kampus tetapi terkenal dengan tingkah lakunya yang keras kepala, penuh pendapat dan lantang bersuara. Walaupun Rena banyak mementingkan diri sendiri, hatinya ikhlas dan kelakuan tegasnya selalu disalah faham.
  • 'Fiqa Liyana chong sebagai Natasha, seorang gadis ayu yang semua pelajar lelaki ingin jadikan calon isteri mereka di masa hadapan, Natasha seorang pelajar yang peramah, positif dan sentiasa beriang gembira walaupun kesedihan menyelubungi hatinya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-29. Dicapai pada 2012-05-17.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-16. Dicapai pada 2012-05-17.