Imbuhan kata nama (bahasa Melayu): Perbezaan antara semakan
Baris 50: | Baris 50: | ||
</table> |
</table> |
||
Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan |
Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-. |
||
==== Varian pem- ==== |
==== Varian pem- ==== |
Semakan pada 21:57, 4 Julai 2004
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Imbuhan Awalan
Awalan ke-
Awalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.
Kata Akar | Kata Terbitan | Keterangan |
kasih | kekasih | Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama) |
lima | kelima | Membentuk kata bilangan tingkat |
tiga | ketiga | Membentuk kata bilangan himpunan |
tua | ketua | Membentuk kata nama |
Awalan pe(N)-
Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.
Varian pe-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, n dan r.
Kata Akar | Kata Terbitan | |
lawat | pelawat | |
lari | pelari | |
makan | pemakan | |
masak | pemasak | |
nafi | penafi | |
rokok | perokok |
Varian pen-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j' atau t.
Kata Akar | Kata Terbitan | |
curi | pencuri | |
cuci | pencuci | |
dengar | pendengar | |
duduk | penduduk | |
jual | penjual | |
jemput | penjemput | |
tipu | penipu | |
tari | penari | |
tukar | penukar | |
tulis | penulis |
Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.
Varian pem-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b' dan p
Kata Akar | Kata Terbitan | |
baca | pembaca | |
beri | pemberi | |
buat | pembuat | |
bantu | pembantu | |
beli | pembeli | |
pakai | pemakai | |
pukul | pemukul | |
pasang | pemasang | |
punggah | pemungah | |
pungut | pemungut |
Perkataan yang bermula dengan huruf b akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.
Varian peny-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.
Kata Akar | Kata Terbitan | |
sokong | penyokong | |
sembah | penyembah | |
sapu | penyapu | |
saring | penyaring |
Varian peng-
Imbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, k dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.
Kata Akar | Kata Terbitan | |
ambil | pengambil | |
ajar | pengajar | |
gosok | penggosok | |
goreng | penggoreng | |
hantar | penghantar | |
hisap | penghisap | |
ikut | pengikut | |
isi | pengisi | |
kenal | pengenal | |
karang | pengarang | |
ulang | pengulang | |
uji | penguji |
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.