Perbezaan antara semakan "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di [[Pulau Labuan]]. Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas. Pada 16hb Mei 1942, secara keseluruhannya negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar [[Kudat]] dinamakan [[Sheikai Shiu]] dan bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan [[Tokai Shiu]].
 
Pendudukan ini ditentang oleh kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan adalah [[Guerila Kinabalu]] yang diterajui [[Albert Kwok]] di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin [[Datu Mustapha]] pada bahagian utara. Akan tetapi, GuerilaGerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di [[Petagas]] pada tarikh 21hb Januari 1944.
 
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila [[Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9]] menyerang kedudukan Jepun di Labuan.
245,304

suntingan

Menu pandu arah