Blazblue: Calamity Trigger: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Keosintal (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46: Baris 46:
==Kandungan muat turun (''downloadable content'')==
==Kandungan muat turun (''downloadable content'')==


Setakat ini, ''downloadable content'' (DLC) untuk BCT cuma menawarkan warna-warna tambahan kepada watak sedia ada dalam permainan, berbeza dengan DLC permainan video lain yang menambahkan lagi ciri-ciri permainan seperti misi dan watak. DLC untuk permainan ini boleh didapati melalui ''Playstation 3'' dan ''Xbox Live Marketplace'' pada harga dari RM 6 hingga RM 15 dan hanya untuk konsol PS3 dan ''Xbox 360''.
Setakat ini, ''downloadable content'' (DLC) untuk BCT cuma menawarkan warna-warna tambahan kepada watak sedia ada dalam permainan, berbeza dengan DLC permainan video lain yang menambahkan lagi ciri-ciri permainan seperti misi dan watak. DLC untuk permainan ini boleh didapati melalui ''Playstation Network'' dan ''Xbox Live Marketplace'' pada harga dari RM 6 hingga RM 15 dan hanya untuk konsol PS3 dan ''Xbox 360''.


[[en:Blazblue: Calamity Trigger]]
[[ca:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[en:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[es:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[fr:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[it:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[nl:BlazBlue]]
[[ja:BLAZBLUE]]
[[ru:BlazBlue: Calamity Trigger]]
[[zh:蒼翼默示錄]]

Semakan pada 07:42, 8 November 2010

Blazblue: Calamity Trigger (BCT) merupakan sebuah permainan video yang diterbit dan dibangunkan oleh syarikat Arc System Works. BCT telah berada di platform arked sejak November 2008 sebelum beralih ke konsol Playstation 3 dan Xbox 360 pada Jun 2009. Versi bagi platform PC pula telah dikeluarkan pada Ogos 2010.

Plot

Ragna the Bloodedge iaitu watak utama BCT merupakan seorang penjenayah yang memusnahkan organisasi Novus Orbis Librarium / NOL (sebuah organisasi yang menjaga dunia) tanpa sebab-sebab yang diketahui. NOL menawarkan ganjaran terbesar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Ragna. Ragna memiliki Ars Magus yang paling kuat sekaligus menjadikan lebih ramai pemburu ingin menjejaki dan membunuhnya.

Ars Magus

Ars Magus adalah senjata hasil gabungan teknologi dan magik. Setiap watak mempunyai Ars Magus yang berbeza. Ars Magus terkuat milik Ragna iaitu Azure Grimoire adalah dalam bentuk sebilah pedang gergasi manakala Ars Magus Litchi Faye-Ling pula berbentuk tongkat.

Watak

Setiap watak dalam BCT mempunyai serangan unik dan serangan rantaian yang berbeza bagi mengalahkan musuh.

Watak-watak dalam BCT ialah:

  1. . Ragna the Bloodedge
  2. . Jin Kisaragi
  3. . Noel Vermillion
  4. . Iron Tager (TR-0009)
  5. . Rachel Alucard
  6. . Taokaka
  7. . Litchi Faye-Ling
  8. . Arakune
  9. . Bang Shishigami
  10. . Carl Clover
  11. . Hakumen
  12. . ν -No. 13- (Nu)

Mekanisme permainan

BCT adalah sebuah permainan video genre berlawan seperti Street Fighter dan King of Fighters. Perbezaannya ialah, BCT memiliki jalan cerita yang lebih fantasi dan futuristik. Selain itu, kelainannya adalah ia dilengkapi ciri-ciri istimewa seperti sistem rapid cancel, instant block, dan barrier burst. Ciri-ciri tersebut membolehkan pemain yang bijak menggunakannya dapat menguasai permainan.

Secara kasarnya, pemain perlu bertempur satu lawan satu dengan objektifnya adalah menghabiskan meter nyawa musuh dalam masa yang ditetapkan. Pemain boleh menggunakan serangan biasa, serangan Ars Magus ataupun serangan rantaian (combo).

Grafik dan audio

Paparan

Walaupun keseluruhan permainan adalah dalam dua dimensi (2D), kualiti grafik keseluruhannya amat baik. Dari latar belakang, watak sehingga kesan di atas skrin dibikin dengan amat kemas dan tajam. Sedikit kelemahan BCT ialah faktor main semulanya (replay) yang kurang kemas dan boleh mendorong pemain menjadi cepat bosan.

Bunyi

Kualiti rakaman suara serta alih bahasa ke bahasa Inggeris juga memuaskan walaupun sedikit kasar dan memerlukan tapisan.

Kandungan muat turun (downloadable content)

Setakat ini, downloadable content (DLC) untuk BCT cuma menawarkan warna-warna tambahan kepada watak sedia ada dalam permainan, berbeza dengan DLC permainan video lain yang menambahkan lagi ciri-ciri permainan seperti misi dan watak. DLC untuk permainan ini boleh didapati melalui Playstation Network dan Xbox Live Marketplace pada harga dari RM 6 hingga RM 15 dan hanya untuk konsol PS3 dan Xbox 360.