Racun nematod: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Racun nematod''' ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh [[nematod]]. Kawalan nematod secara [[kimia]] bukanlah satu kaedah baru.<ref>Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.</ref> Penggunaan karbon disulfida untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di [[Jerman]] telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)<ref>Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193</ref>, penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.
'''Racun nematod''' ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh [[nematod]]. Kawalan nematod secara [[kimia]] bukanlah satu kaedah baru.<ref>Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.</ref> Penggunaan [[karbon disulfida]] untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di [[Jerman]] telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)<ref>Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193</ref>, penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.


Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-[[rumah hijau]] atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para [[petani]] yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.
Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-[[rumah hijau]] atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para [[petani]] yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.

Semakan pada 15:02, 6 Mei 2012

Racun nematod ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh nematod. Kawalan nematod secara kimia bukanlah satu kaedah baru.[1] Penggunaan karbon disulfida untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di Jerman telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)[2], penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.

Di Malaysia penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-rumah hijau atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para petani yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.

Penggunaan

Berasaskan kepada cara penggunaan, racun nematod boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penggunaan secara pewasapan dan bukan pewasapan. Pewasapan merupakan cara yang mula-mula sekali digunakan untuk mengawal nematod dan perosak-perosak lain yang terdapat dalam tanah. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pewasapan mempunyai sifat mudah meruap dan wap bahan tadi akan mengenai nematod. Contoh-contoh racun yang digunakan secara pewasapan ialah dikloropropan-dikloropropen (D-D), metil-bromida, metili-sosianat (MIT) dan dazomet.

Terdapat juga bahan yang boleh digunakan bukan dengan cara pewasapan. Antara beberapa bahan ini ada yang bersifat sistemik kerana ia boleh diangkut dalam sistem tumbuh-tumbuhan. Sebatian sistemik ini boleh diangkut dalam dua arah iaitu sama ada dari akar ke daun atau sebaliknya. Melalui cara ini ia akan dapat membunuh nematod yang terdapat dalam semua bahagian tumbuhan.

Kebanyakan racun nematod yang bukan digunakan secara pewasapan ialah sebatian daripada kumpulan organofosforus seperti diklofention, fensulfotion, tionazin dan profos. Bagaimanapun, tidak semua sebatian kumpulan ini bersifat sistemik. Racun nematod tersebut didapati mampu mengawal serangga dan kutu tetapi tidak dapat mengawal kulat tanah dan biji-biji rumpai. Kawalan nematod dengan bahan-bahan tersebut perlu dilakukan ssecara berulang-kali.[3]

Jenis racun nematod

Racun nematod boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu hidrokarbon berhalogen, organofosfat, isotiosianat dan karbamat. Pengelasan ini dibuat berasaskan kepada struktur kimianya.

Hidrokarbon berhalogen

Organofosfat

Isotiosianat

Karbamat

Rujukan

  1. ^ Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.
  2. ^ Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193
  3. ^ Velardebo, A. and J. Robin (1969) Nematicidal treatment of banana planting material. In Nematodes of Tropical Crops (ed. Peachey, J.E.) Commonw. Bur. Helminthol., Tech. Commun., 40: 133-141.