Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 18: | Baris 18: | ||
|Negeri = Selangor |
|Negeri = Selangor |
||
|Negara = [[Malaysia]] |
|Negara = [[Malaysia]] |
||
|Kemasukan = |
|Kemasukan = 3268 orang |
||
|Singkatan = SKSB |
|Singkatan = SKSB |
||
|Laman = |
|Laman = |
Semakan pada 04:15, 14 Oktober 2013
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai | |
---|---|
SKSB | |
Lokasi | |
Malaysia Batu 6, Pekan Meru, KLANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | PANTAS DAN PRIHATIN |
Ditubuhkan | 1917 |
Nombor sekolah | 03-33921048 |
Kod sekolah | BBA0012 |
Guru besar | En. Azman b. Mingan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Kamiliah bt. Satiman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Abdul Rahman b. Mustapa |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. M. Khalimi b. Dalhan |
Faks | 03-33921048 |
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (Jawi:سكوله كبڠسأن سوڠاي بينجاي, Arab:المدرسة الوطنية سونجاي بينجاي, ALA-LC roman: Almadrasah alwaţţanīah sūnjāīy bīnjāīy),atau nama ringkasnya SK Sungai Binjai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 6, Pekan Meru.
Pada 2013, Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai memiliki 1665 pelajar lelaki dan 1628 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3293 orang. Ia mempunyai seramai 163 orang guru.2013
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai pada peringkat awalnya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Binjai. Sekolah ini telah dibina kerajaan British pada tahun 1917 untuk menampung keperluan penduduk Kampung Meru ketika itu bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Pada tarikh 6.10.1917 sekolah digunakan dengan murid seramai 49 orang. Guru Besar ketika itu bernama EN. ABD. KARIM B TAARI. Beliau seorang sahaja tenaga pengajar ketika itu.
Pada tahun 1917 tapak sekolah asal didirikan di tapak SJK ( Cina ) Tiong Hua Kok Bin yang ada sekarang dan digunakan sehingga tahun 1923. Pada tahun 1924 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke tapak Pusat Kesihatan Meru yang ada sekarang ini. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah ke tapak yang ada sekarang (tahun tidak diketahui) yang terletak tak jauh dari tapak asal dan tapak kedua.
Pertambahan bilangan murid dari tahun ke setahun telah meningkat kepada seramai 105 orang. Sekolah yang ada sudah tidak sesuai lagi disebabkan beberapa perkara. Pertama ialah bilangan murid yang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Kedua, sekolah ini juga kerap ditenggelami air bila berlakun hujan lebat. Bencana alam ini juga telah menyebabkan pelajaran murid terganggu.
Pada tahun 1924 bangunan sekolah yang baru telah dibina di Jalan Paip iaitu kira-kira suku kilometer dari pekan Meru. Dalam bangunan sekolah ini, keadaannya juga sama dengan sekolah yang lama. Murid-murid ditempatkan dalam satu bangunan tanpa sekatan, keadaan ini berlarutan sehingga tahun 1954.
Memandangkan keadaan bangunan sekolah sudah terlalu uzur dan pertambahan bilangan murid yang terlalu menggalakkan, maka kerajaan telah memindahkan sekolah ini ke satu tapak yang baru seluas 4 ½ ekar iaitu tapak bangunan sekolah sekarang ini. Sekolah baru ini boleh menampung bilangan murid seramai 500 orang.
Perasmian sekolah ini secara rasmi diadakan pada 22 Oktober 1977 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Haji Hormat Bin Rafei, bagi merasmikan bangunan 1 tingkat yang digunakan bagi tujuan pentadbiran sehingga tahun 2010, dimana pentadbiran sekolah kini telah berpindah di bangunan baru 2 tingkat berkembar yang siap sekitar tahun 2010, menggantikan bangunan usang yang telah digunakan sejak tahun 1955. Bangunan lama sekolah ini sebahagiannya boleh dilihat di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru yang terletak di sebelah masjid As-Syarif Meru.
Senarai Guru Besar SK Sungai Binjai semenjak 1917:
- 1. En. Abdul Karim bin Taari (1917 - 1924)
- 2. En. Ahmad bin. Hj. M. Saman (1924 - 1928)
- 3. En. Tambi Ahmad bin Hj. Othman (1928 - 1930, 1935 - 1938)
- 4. Tuan Haji M. Said bin Hj. Abd. Rahman (1930 - 1932)
- 5. En. Musa bin T. Muda (1932 - 1935)
- 6. En. M. Sidin bin A. Wahid (1938 - 1949)
- 7. En. Montel bin M. Amin (1949 - 1953)
- 8. En. Sulaiman bin Hj. A. Bakar PJK, JP (1953 - 1955)
- 9. En. Ab. Rahman bin Lebai Din (1955 - 1960)
- 10. En. Ab. Karim bin Ahmad PJK, PPK, AMS (1960 - 1971)
- 11. En. Ahmad Dahlan bin Buyong (1971 - 1980)
- 12. En. Abdullah bin Mastam PJK (1985 - 1988)
- 13. En. Hassan bin Busu PJK (1989 - 1991)
- 14. En. Yusop bin Ahmat (1991 - 1992)
- 15. En. Abdul Aziz bin Mohamed PJK (1992 - 2008)
- 16. En. Azman bin Mingan PPT (2008 - sekarang)
Pencapaian
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai amat dikenali sebagai sekolah yang sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan juga ko-akademik. Pelbagai pencapaian telah diraih oleh sekolah ini sehingga dinobatkan sebagai Sekolah Ko-Kurikulum Terbaik di Negeri Selangor pada tahun 2011. Sekolah Sungai Binjai juga terkenal kerana pencapaian dalam sukan yang menyaksikan hanya tempat 1-3 sahaja diraih sekolah ini setiap kali menghantar wakil di peringkat daerah.
Kawad Kaki sekolah ini juga pernah beberapa kali mewakili negeri Selangor dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan, dan pernah juga menjadi johan.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai
- Batu 6, Pekan Meru
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-33921048
- Fax = 03-33921048
Pautan luar
- http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0625&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive - Kisah SK Sungai Binjai
- http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0626&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive - Anugerah Kecermelangan kokurikulum 2007
- http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0607&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm&arc=hive - Kem Kepimpinan SK Sungai Binjai 1999
- http://www.hmetro.com.my/articles/SKSungaiBinjaihantar3rekaan/Article/ - Dutch Lady Cabaran Sekolahku Generasi Membina, laporan sekolah
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CabaranSekolahku_GenerasiMembina_/Article/ - Dutch Lady Cabaran Sekolahku Generasi Membina, laporan sekolah.
- http://www.hmetro.com.my/articles/SKLembahJayajuara/Article/ - Dutch Lady Cabaran Sekolahku Generasi Membina, tempat ke-2