Perbezaan antara semakan "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
{{main|Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu}}
 
Jepun mendarat di [[Pantai Padang Pak Amat]] sejurus selepas tengah malam [[8 Disember]] [[1941]], dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera [[India]] [[British]] dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya [[Seranganserangan kePearl atas Pelabuhan PearlHarbor]]. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan [[Perang Pasifik]] serta merupakan permulaan [[sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu]]. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang [[Kota Bharu]]. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, [[Hong Kong]] dan [[Pelabuhan Pearl]] melalui udara.
 
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang [[Sungai Patani]], [[Butterworth]] dan [[Alor Star]] pada [[9 Disember]] [[1941]]. Pada 10 Disember 1941, [[kapal tempur]] [[HMS Prince of Wales]] dan [[HMS Repulse]] bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di [[Kuantan]]. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran [[Tentera Laut British]] dihapuskan dalam masa yang singkat.
245,304

suntingan

Menu pandu arah