Kata pemeri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aviator (bincang | sumb.)
intro
Aviator (bincang | sumb.)
k kategori
Baris 23: Baris 23:
* [http://www.geocities.com/Athens/Agora/3439/ialah.html Kekhilafan penggunaan ''ialah'' dan ''adalah'']
* [http://www.geocities.com/Athens/Agora/3439/ialah.html Kekhilafan penggunaan ''ialah'' dan ''adalah'']


[[Kategori:Panduan penyunting]]
[[Kategori:Tatabahasa bahasa Melayu]]

Semakan pada 22:23, 12 November 2008

Kata pemeri ialah kata yang bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Perbezaan penggunaan ialah, adalah dan merupakan

Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Fungsi 'ialah' membuat takrifan. Contoh:

  • "Angin ialah udara yang bergerak".
  • "Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat".

Fungsi 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Contoh:

  • "Ahmad adalah penghulu kampung ini".
  • "Melihat filem adalah kegemaran mereka".

Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna seperti. Contoh:

  • "Beliau merupakan salah seorang negarawan agung Melayu".
  • "Perbuatan mencuri merupakan kesalahan serius".

Kedua-dua kata pemeri dan kata sendi termasuk dalam golongan kata tugas.

Bacaan lanjut

Pautan luar