Garisan merah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:
{{reflist}}
{{reflist}}


[[Kategori:Istilah kenderaan]]
[[Kategori:Teknologi enjin]]


[[en:Redline]]
[[en:Redline]]

Semakan pada 01:51, 15 Mei 2009

Takometer menunjukkan garisan merah pada 14,000 rpm ke atas.

Garisan merah merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada garisan pada takometer yang menunjukkan had putaran maksimum bagi sesuatu enjin yang dibenarkan untuk mengelakkan kerosakan enjin.[1]

Garisan merah enjin bergantung kepada beberapa faktor seperti lejang, jisim komponen, sesaran enjin, komposisi komponen serta keseimbangan komponen.

Enjin berlejang pendek mampu berputar lebih laju kerana kurang daya yang diperlukan bagi gerakan salingan (naik-turun omboh ke putaran). Komponen yang lebih ringan juga boleh meningkatkan takat garisan merah kerana daya intertia yang rendah.

Garisan merah boleh jadi daripada serendah beberapa ratus RPM (seperti enjin kereta api dan kapal) kepada lebih berbelas ribu RPM (seperti pada motosikal sport dan kereta sport dengan enjin Wankel). Enjin diesel mempunyai takat garisan merah lebih rendah daripada enjin petrol disebabkan had pengatoman bahan api serta inertia yang lebih tinggi yang disebabkan oleh nisbah mampatan yang tinggi. Kereta penumpang yang menggunakan enjin petrol lazimnya mempunyai garisan merah sekitar 5500 ke 7000 rpm. Enjin VTEC pada kereta Honda S2000 adalah kereta pengeluaran dengan garisan merah tertinggi iaitu pada 9000 rpm. Enjin Renesis pada kereta Mazda RX-8 juga mempunyai takat garisan merah pada 9000 rpm tetapi dengan pengehad putaran. Sebaliknya, enjin-enjin buatan Amerika pada tahun-tahun 60-an dan 70-an mempunyai garisan merah serendah 5000 rpm kerana penggunaan rod penolak yang boleh meliuk pada kelajuan tinggi.

Enjin motosikal mempunyai garisan merah yang lebih tinggi kerana jisim yang terlibat dalam pergerakan salingan yang lebih ringan. Contohnya, motosikal Yamaha YZF-R6 mempunyai takat garisan merah setinggi 16200 rpm. Garisan merah yang lebih tinggi ialah pada kereta Formula Satu. Peraturan tahun 2007 mengehadkan putaran maksimum enjin kepada 19,000 rpm, tetapi pada musim 2006, kelajuan enjin mencecah lebih 20,000 rpm pada enjin Cosworth.

Istilah garisan merah berasal daripada garisan berwarna merah pada takometer. Pengendalian enjin pada lingkungan garisan merah biasanya tidaklah bermaksud kegagalan segera enjin, tetapi meningkatkan kebarangkalian kerosakan enjin yang serius.

Rujukan