Republikanisme di Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republikanisme adalah sistem nilai pemerintahan yang menjadi bahagian penting dalam masyarakat Amerika semenjak Revolusi Amerika. Nilai ini menekankan kebebasan dan hak sebagai nilai utama, mendaulatkan rakyat, menolak kuasa politik melalui warisan, mahukan rakyat yang bebas dalam menjalankan tanggungjawab sivik dan sangat membenci korupsi.