Zakat perniagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.[1] Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup haul.[2]

Zakat perniagaan ini sebenarnya ialah sejenis zakat pendapatan.

Syarat wajib zakat[sunting | sunting sumber]

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup haul (biasanya setahun)
  5. Cukup nisab (berubah2 mengikut harga pasaran emas)

Kaedah pengiraan zakat[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kedah pengiraan zakat perniagaan:[1]

1. Kaedah Model Berkembang (Growth Model)

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.
Harta yang dikenakan zakat = Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan

2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.
Harta yang dikenakan zakat = Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan
  • Nota: Pelarasan ialah seperti barang-barang yang tidak diwajibkan zakat, barang bukan milik sempurna, wang yang dipinjamkan dan sebagainya.

Penjelasan dalil[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t, dari surah Al-Baqarah, ayat 267:

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Zakat perniagaan". Info Zakat. Pusat Zakat Selangor. 2003. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  2. ^ Bahagian Baitulmal dan Zakat (2000). "Zakat Perniagaan". Jenis-jenis Zakat. Majlis Ugama Islam Sabah. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)