Kor Polis Tentera Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kor Polis Tentera DiRaja)
Kor Polis Tentera DiRaja
Kor Polis Tentera DiRaja Malaysia
Aktif12 November 1953; 70 tahun yang lalu (1953-11-12)
NegaraMalaysia
CawanganTentera Darat Malaysia
JenisPolis Tentera
Peringatan12 November
Komander
Pengerusi Kor Polis Tentera DirajaBrigedier Jeneral Datuk Mislan bin Anuar

Kor Polis Tentera Diraja adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera Malaysia. Walaupun di bawah cabang Tentera Darat Malaysia, tugasnya meliputi ketiga-tiga cabang ATM. Ketua Bagi Kor Polis Tentera ialah Brigedier Jeneral. Setiap cabang ATM ada polis sendiri. PDRM bertindak sebagai sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang awam, sementara Polis Tentera untuk tentera sahaja.

Setiap Briged TDM terdapat 1 Kompeni KPTD. Terdapat pecahan tugas dalam Polis Tentera antaranya Cawangan Siasatan Jenayah, Cawangan latih, Cawangan Trafik dan Istiadat, dan Cawangan Probos. Tugas Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ), Selain menyiasat kes-kes salahlaku jenayah melibatkan anggota tentera, adalah menyediakan kertas siasatan salah laku anggota dan dibentangkan kepada Pegawai Undang-undang Formasi untuk dibuat pendakwaan di Mahkamah Tentera. Namun Cawangan ini (CSJ) Telah diletakkan dibawah Markas Tentera Darat dan sekarang dikenali sebagai 48 CSJ. Tugas Cawangan Latih ialah melatih anggota dan pegawai tentera untuk diserapkan menjadi Polis Tentera. Pegawai dan anggota Polis Tentera Dilatih di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja yang terletak di Kem Genting Klang, Kuala Kumpur. Tugas Cawangan Trafik dan Istiadat pula adalah membuat tugas-tugas pengiring bermotosikal untuk orang-orang kenamaan dan Pemerintah Tertinggi Tentera. Tugas Cawangan Probos pula meliputi tugas-tugas am kepolisan, menguatkuasakan undang-undang tentera mengikut Akta Angkatan Tentera 1972. Anggota Polis Tentera menjalankan tugas mengikut Seksyen 93 (5) Akta angkatan tentera 1972.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dan dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya "SEDIA BERKHIDMAT".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.