Kuda Troia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuda Troy)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
La processione del cavallo di Troia ("Perarakan Kuda Troia") lukisan Domenico Tiepolo (1773), berdasarkan catatan dalam Aeneid

Kuda Troia, kuda Troy atau kuda Trojan (Bahasa Yunani: Δούρειος Ίππος, translit. Doúreios Íppos "kuda kayu"; Bahasa Inggeris: Trojan horse) merupakan suatu helah perang yang dipakai tentera Yunani sewaktu Perang Troia untuk menembusi pertahanan kota disebut demi menawannya. Kisah ini dikatakan bermula apabila sekumpulan orang Yunani telah membina sebuah kuda kayu besar yang menempatkan berpuluhan tentera yang tersorok di dalam. Pihak tersebut kemudiannya berlayar balik seolah-olah menyerah kalah sehingga meyakinkan pihak Troy, lalu pihak Troy mengambil kuda tersebut sebagai rampasan perang. Pada sebelah malamnya pula kelompok askar Yunani yang tersorok dalam "kuda" tersebut meloloskan diri secara senyap dan membuka pintu kota dari dalam, lalu membenarkan tentera Yunani yang berpatah balik terus menyerang dan menjarah kota tersebut.

Cerita ini dipercayai mendapat sumber utamanya daripada Aeneid, sebuah epik bahasa Latin nukilan Virgil. Peristiwa ini turut dibincangkan dalam sajak Odýsseia karya Homeros.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Broeniman, Clifford (1996). "Demodocus, Odysseus, and the Trojan War in "Odyssey" 8". The Classical World. 90 (1): 3–13. JSTOR 4351895.