Aura (kumpulan nasyid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Aura)
Jump to navigation Jump to search
Aura
Kumpulan Aura.jpg
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan

Kumpulan Aura merupakan sebuah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang berbakat dari segi suara dan gaya persembahan dan aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid kanak-kanak yang membawakan lagu kisah-kisah nabi.

Kumpulan ini telah menghasilkan album Kisah Kisah Nabi yang merupakan sebuah album kreatif dengan pendekatan yang menarik dan memberi bimbingan bagi kanak-kanak. Album ini juga bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak mengetahui cerita nabi menerusi lagu yang diperdengarkan.

Menerusi album yang dinyanyikan oleh Hariz dan Hamiz Mohd. Radzi, Mohamad Anif Adenan dan Raja Shah Hanis Raja Shaidi, kanak-kanak berpeluang mendengar kisah nabi melalui lirik. Konsep yang berbeza ini bertujuan memberi nafas baru kepada konsep persembahan nasyid yang lebih kreatif dan sesuai dengan peredaran zaman.

Dalam album ini, para pendengar terutamanya kanak-kanak dapat mengikuti kisah Nabi Yusuf a.s (Sebelas Bintang), Nabi Nuh a.s (Bahtera Nuh), Nabi Musa a.s & Firaun (Peti Bayi Kecil), Nabi Ibrahim a.s (Namrud Lawan Nyamuk), Nabi Yunus a.s (Ditelan Ikan Nun) dan nabi Muhammad s.a.w serta cerita-cerita menarik lain. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini lebih menjurus kepada irama pop tapi masih lagi mengekalkan elemen muzik nasyid. Penyampaian cerita menerusi lagu diyakini dapat memudahkan kanak-kanak mengingati cerita bersejarah dengan pantas.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Kisah Nabi

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

-Bahtera Nuh AS
-Ditelan Ikan Nun
-Sebelas bintang
-Namrud Lawan Nyamuk
-Rumahku Syurgaku
-Al Anbiya
-Nabi Muhammad Yang Terpuji
-Dengarlah Kisah Nabi
-Peti Bayi Kecil
-Si Kaya Yang Ingkar


Pautan luar[sunting | sunting sumber]