The Rythmn Boys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan The Rythmn Boys)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kumpulan The Rythmn Boys
Album Oh Fatimah oleh A. Ramlie1.jpg
Kulit album piring hitam The Rythmn Boys bersama penyanyi A. Ramlie.
Latar belakang
Berasal dariSingapura
GenrePop Yeh Yeh
Tahun aktif1961 hingga sekarang
Pengkarya berkait
A. Ramlie, Jeffridin (tidak merakam lagu), S. Mariam, Ramlah Aziz, Adnan Othman, M. Amin, S. Ahmad, Sha'ari Omar, Novell, G. Yusoff, Aziz Jonid
Bekas ahliMohamad Ayob Taib, Mohamad Ali Taib, Mohamad Noor Ahmad, Mohamad Othman Said


Kumpulan The Rythmn Boys ditubuhkan di Singapura pada tahun 1961 dan semenjak itu menjadi terkenal di era 1960an dahulu. Ahli-ahli asalnya terdiri dari Mohamed Ayob Taib (lead guitar), Mohamed Osman Said (rythmn guitar), Mohamed Ali Taib (bass guitar) dan Mohamed Noor Ahmad (drum).[1] Kugiran ini banyak menyertai pertandingan persembahan muzik di reppublik itu dan pernah menjuarai Juara Kugiran Seluruh Singapura pada tahun 1965.

Vokalis pertama mereka sebelum merakam ke piring hitam ialah Jeffridin. Namun begitu, mereka semua tidak dapat digandingkan bersama sebagai artis rakaman ketika menyertai ujibakat anjuran Philips Singapura, bila penyanyi utama mereka itu digandingkan pula dengan kugiran The Siglap Five yang sudahpun ada album sendiri dengan syarikat itu.

Sebaliknya, mereka digandingkan pula dengan rakan baik Jeffridin iaitu A. Ramlie. Pada tahun 1966, A. Ramlie dan The Rythmn Boys dipanggil membuat persembahan langsung dalam rancangan Radio Singapura bertajuk 'Lagu Popular Minggu Ini' terbitan Asmah Laili. Lagu persembahan mereka iaitu 'Kenangan Mengusek Jiwa' ciptaan Salamah Basiron (a.k.a. Hanimasra) akhirnya mendapat sambutan hangat di kalangan sidang pendengar, lalu dimuatkan dalam rekod pertama mereka keluaran Eagle Record di tahun sama. Tiga lagu lain yang dimuatkan dalam rekod sama ialah 'Oh Fatimah, Ingat Pada-Ku' dan 'Seruan-Ku'. Kerana sambutan yang sangat menggalakkan, rekod ini kemudiannya diulang cetak oleh Olympic Records pada awal 1970an dengan sampul rekod yang berbeza, selain dimuatkan dalam LP kompilasi A. Ramlie pada tahun 1970. Ini adalah kerana lagu 'Kenangan Mengusek Jiwa' kekal di dalam carta sehingga lima tahun berturut-turut. Bersama A, Ramlie, The Rythmn Boys merakam tiga EP semuanya.

Kemudiannya The Rythmn Boys mengiringi beberapa penyanyi lain di bawah Olympic Records seperti M. Amin, S. Mariam, Sha'ari Omar, Ramlah Aziz, Adnan Othman, S. Ahmad dan Novell (penyanyi Indonesia).. Populariti mereka mula melonjak naik di mana kugiran ini kemudiannya diundang sebagai artis jemputan dalam filem 'A-Go-Go 67' keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production dan filem 'Dosa Wanita' keluaran Cathay Keris. Dalam filem 'A-Go-Go 67', The Rythmn Boys mengiringi S. Mariam untuk lagu 'Malam Sunyi' (ciptaan Yusoff B. dan Noordin Arshad). Dalam filem 'Dosa Wanita', mereka mengiringi A. Rhymie.[2]

Bermula dengan Adnan Othman, The Rythmn Boys kemudiannya menyertai syarikat rakaman TNA Records, diikuti dengan G. Yusoff di bawah syarikat Sea Lion Records dan akhir sekali, Aziz Jonid di bawah label Echo Records.

Pada tahun 1996, setelah selesai membuat persembahan dalam Konsert Masih Ada Yang Sayang' di Kuala Lumpur, The Rythmn Boys merakam semula lagu-lagu popular bersama A. Ramlie ketika di tahun 1960an dahulu. Sebuah lagi album dihasilkan dengan lagu-lagu ciptaan baru sepenuhnya tetapi mengekalkan konsep muzik Pop Yeh Yeh. Kedua-dua album ini adalah keluaran The Rythmn Boys Production milik kugiran itu sendiri.Mereka juga membuat album baru bersama Aziz Jonid, khusus untuk pasaran Singapura sahaja.

Pada tahun 2015, kugiran The Rythmn Boys menerima 'Anugerah Khas Planet Muzik' oleh Suria TV Singapura sempena sambutan kemerdekaan republik itu yang ke-50 (SG 50).

Penyanyi yang pernah diiringi The Rythmn Boys dan jumlah album rakamannya[sunting | sunting sumber]

  • Jeffridin (tidak merakam bersama di piring hitam)
  • A. Ramlie(3 EP keluaran Eagle Records dan Olympic Records, 2 CD keluaran The Rythmn Boys Production)
  • A. Rhymie (untuk soundtrack filem Dosa Wanita)
  • S. Mariam (1 EP lagu Bahasa Melayu, 1 EP lagu Bahasa Inggeris - kedua-duanya di bawah Olympic Records)
  • Sha'ari Omar (1 EP keluaran Eagle Records)
  • Novell (2 EP keluaran Olympic Records)
  • S. Ahmad (2 EP keluaran Olympic Records)
  • Adnan Othman (2 EP keluaran Olympic Records, 2 EP keluaran TNA Records)
  • M. Amin (1 EP keluaran Eagle Records)
  • Aziz Jonid (1 EP keluaran Echo Records, 1 CD keluaran The Rythmn Boys Production)
  • Ramlah Aziz (2 EP keluaran Olympic Records)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]