Kebakaran Pulau Bukom 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebakaran Pulau Bukom 2011 ialah peristiwa hangusnya loji penapis minyak milik Royal Dutch Shell Plc's Singapore yang berlaku pada tarikh 28 September 2011, jam 5.15 petang di Pulau Bukom kira-kira 5 km dari Singapura. Api dengan cepat membesar dan berakibat tiga telupan besar di waktu tengah hari, dengan asap yang menjulang tampak dari pesisir Selatan Singapura.[1]

Martjin van Koten selaku Naib Presiden Shahe menyatakan 90 % minyak itu bagi aktiviti eksport. Lohi sudah mengeluarkan 6.5-7.0 juta barrel minyak bertapis, 4.5 juta barrel gas dan 4.0-4.5 juta barrel petrol.

Enam pekerja mengalami luka kecil dan tiga buah engin rosak, api menyebar ke kawasan sekitar loji penapis minyak.

Usaha pemadaman[sunting | sunting sumber]

100 ahli bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan 250 pegawai terlatih Shell menggalakan pemadaman kebakaran loji penapis minyak Shell milik syarikat tenaga gergasi Anglo-Dutch. SCDF turut mengawal 21 buah pesawat pembawa air bagi menyejukkan kawasan kebakaran bagi mengelakkan tangki simpanan berhampiran terjejas kepada suhu yang tinggi.

Loji itu merupakan pusat penapisan minyak Shell ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia dari segi kapasiti penyulingan bahan mentah, menghasilkan bahan api, pelincir dan bahan kimia khusus dengan kebanyakannya bagi dieksport ke luar negara Singapura.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]