PTS Media Group Sdn Bhd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
PTS Media Group Sdn Bhd
Logo PTS.png
Diasaskan pada1988
PengasasAinon Muhammad
Abdullah Hassan
Negara asalMalaysia
Lokasi ibu pejabatKuala Lumpur
Topik bukan fiksyenMajalah
Buku
Laman web rasmiPTS

PTS Media Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai PTS Consultants Sdn Bhd) ialah syarikat induk bagi kumpulan syarikat-syarikat PTS. PTS merujuk kepada singkatan Professional Training Service.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas bagi syarikat PTS Consultants Sdn Bhd ialah Puan Ainon Muhammad dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan. Pada awal penubuhannya pada tahun 1988, adalah bagi menawar khidmat konsultansi penerbitan, latihan suntingan teks dan susun atur huruf.[1]

Kemudian pada tahun 2000 PTS mula aktif menerbit dan mengedar buku dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk bacaan umum.

PTS menyediakan perkhidmatan daripada segi latihan penulis, teknik menulis, para penulis, kulit, kandungan, tatabahasa, jualan buku dan pemasaran penulis. Hingga kini aktiviti penerbitan PTS diurus oleh lapan (8) anak syarikat penerbitan yang menerbitkan genre berbeza.

PTS Consultants Sdn Bhd ditukar nama kepada PTS Media Group Sdn Bhd pada 4 Januari 2012. Ini demi meluaskan pelaburan dan peluang bisnes dalam bidang penerbitan, pemasaran, media dan produksi syarikat tersebut.

Kumpulan PTS[sunting | sunting sumber]

Kumpulan PTS ialah gabungan beberapa syarikat penerbitan dan pengedaran PTS.

Kumpulan PTS bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam bahasa Melayu. Buku-buku yang diterbitkan oleh PTS adalah:

  • Semua kategori buku kreatif dan bukan kreatif karya asal penulis Malaysia.
  • Karya terjemahan daripada bahasa Indonesia, Inggeris, Arab, Cina dan bahasa-bahasa lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengenalan PTS. Capaian 21 Ogos 2012.