Perbincangan kategori:Pemuzik Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya mendapati bahawa terdapat kategori yang kelihatan bertindih peranannya, seperti kategori Seniman Malaysia dan Penyanyi Malaysia. Saya hendak meminta agar kategori yang berkaitan dengan ahli muzik Malaysia disusun dengan lebih rapi agar meningkatkan kekemasan maklumat di Wikipedia.

Kategori dan subkategori ahli muzik Malaysia wajar disusun dengan mencontohi dua susunan berikut:

Mengikut artis solo/berkumpulan

  • Ahli Muzik Malaysia
    • Penyanyi Malaysia (solo)
      • Siti Nurhaliza Tarudin (Bukankah dulu dalam 2 by 2) dsb.
    • Kumpulan Muzik Malaysia
      • Kumpulan KRU dsb.

DAN

Mengikut jenis (genre) muzik

  • Ahli Muzik Malaysia
    • Muzik Pop
      • Siti Nurhaliza dsb.
    • Muzik Rock
      • Kumpulan Spider dsb.
    • Muzik Rap/Hip-hop
      • Kumpulan Too Phat dsb.
    • Muzik R&B
      • Hazami dsb.

....

Ini dapat membantu melengkapkan dan mengemaskan daftar senarai ahli muzik kita dengan lebih teratur. Terima kasih.


Sebenarnya saya ini rabun muzik, saya kenal pop, jazz tetapi tak kenal yang mana pop, soft pop, Rap, Hip-hop. Mungkin anda boleh membantu dengan meletakkan kategori yang sesuai. Seniman adalah kategori yang luas merangkumi pelakun, pemuzik, penyanyi. Mungkin dikhaskan bagi mereka yang bergiat dalam 3 atau lebih bidang seni. Sesetengah penyanyi mungkin bergerak secara berkumpulan sebelum solo. Yosri 11:27, 4 April 2006 (UTC)[balas]