Psyche Oh! A Go Go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Psyche Oh! A Go Go: Lost Gems of Malaysia/Singapore Pop Music '64–'74
Umum
PenyuntingDaryl Goh
Pengarang
NegaraMalaysia
BahasaInggeris
GenreMuzik
Penerbitan
PengilustrasiSyazri Zamrod
Pelukis kulitCultkids
Penerbit
  • Obscura Malaysia
  • Sputnik Rekordz
Tarikh penerbitan
8 Ogos 2020
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman116
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671617540

Psyche Oh! A Go Go: Lost Gems of Malaysia/Singapore Pop Music '64–'74 (Melayu: Psyche Oh! A Go Go: Permata Muzik Pop Malaysia/Singapura Yang Hilang '64–'74) ialah buku Malaysia 2020 ditulis bersama oleh Adly Syairi Ramly dan Naza Mohamad terbitan Obscura Malaysia dengan kerjasama Sputnik Rekordz. Buku ini mendokumentasikan khazanah muzik Malaysia dan Singapura yang telah dilupakan dan memuatkan profil ringkas penyanyi dan kumpulan muzik yang muncul di Malaysia dan Singapura antara 1964 dan 1974.[1][2][3]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku ini ditulis oleh bekas wartawan muzik, Adly Syairi Ramly dan vokalis kumpulan The Times merangkap pemilik Sputnik Rekordz, Natazar "Naza" Mohamad dan diterbitkan oleh Obscura Malaysia. Ia dicetak dengan kulit keras oleh Vivar Printing dengan kod ISBN 978-967-16175-4-0, manakala rekabentuknya dihasilkan oleh Cultkids. Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, Naza berkata mengenai buku ini:

"Saya tidak mengharapkan apa-apa impak dari buku ini, cuma ingin berkongsi dengan masyarakat sebanyak mungkin mengenai kemeriahan muzik kita dahulu. Bila orang baca buku ini, saya harap mereka akan teroka sendiri muzik-muzik lama ini,".[1]

Bersama-sama dengan Adly, Naza telah menyenarai pendekkan 100 EP dan single 7" dari koleksi peribadi beliau. Untuk ini, Naza menjual kemeja-T vintaj miliknya bagi membiayai penerbitan buku ini.[4] Penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan tempoh kuarantin seluruh negara memberi peluang kepada Naza dan Adly untuk merealisasikan idea untuk menerbitkan Psyche Oh! A Go Go.[5]

Psyche Oh! A Go Go merupakan himpunan khazanah muzik Malaysia dan Singapura yang telah kehilangan maklumat rasmi. Buku ini menghimpunkan profil 100 penyanyi dan kugiran Malaysia dan Singapura yang muncul dalam tempoh 10 tahun, termasuk Rudyn Al-Haj, Adnan Othman & The Wanderers, A. Halim & De' Fictions, Fatimah Ismail dan Rubiah Lubis.[6]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Psyche Oh! A Go Go pada asalnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada 18 April 2020 sempena Hari Kedai Rekod, namun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.[7] Sebelum pelancaran rasmi, buku ini telah terjual sebanyak 1,500 unit selepas pratempahan dibuka pada Jun.[1] Pada asalnya, buku ini hanya dirancang untuk dicetak sebanyak 300 salinan sahaja, namun kesemuanya telah ditempah dalam tempoh 24 jam.[1] Buku ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2020, dengan majlis pelancaran diadakan pada 24 Ogos di Vans Store, Pavilion Kuala Lumpur. Buku ini turut disertakan dengan satu salinan CD yang mengandungi kompilasi 22 lagu lama yang jarang dijumpai, yang dipilih oleh Naza dan Adly.[8]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai 22 lagu yang dipilih oleh Naza dan Adly Syairi yang dimuatkan dalam kompilasi Psyche Oh! A Go Go.[9]

No.TajukPenyanyiMasa
1."Kembali Lagi"A. Halim & De' Fictions2:47
2."Jelingan Mu"The Hornets2:41
3."Pemuda Pemudi"Kelsom Hashim & Plastic Deers2:34
4."Jangan Jemu"J. Minhat & The Siglap Boys2:08
5."Adek-Ku Pulang"M. Said & Les Remaja2:02
6."Kachang Gorengan"A. Sukiyaki & The Swinging Surfaris3:08
7."Burong Hantu"A. Zanne & The Fifty Fifty3:30
8."Berita Mu"Ashaari & K.G. Incorporated2:02
9."Revolusi"Adnan Othman & The Wanderers2:42
10."Ku Takkan Melupakan Mu"Helene Velu & The Kilats1:49
11."Mama Papa Main Musik"Rudyn Al-Haj3:36
12."Cik Minah Sayang"Surya Booty & The Booty Boys2:55
13."Pak Mat Groovy"M. Josey & The Gypsies3:25
14."Semalam Di Kota Raya"Burglars2:57
15."Mimpiku"Halimah Ahmad & The Kilats2:30
16."Oh Sayang!"Shanada1:42
17."Manusia"Hamdan Sulaiman & The King Clark2:28
18."Gerhana"Maimun Hussein & The Dulcet Boys3:35
19."Nothing But A Heartache"Fatimah Ismail1:57
20."Running Wild"The Valiants2:09
21."Driving Me Crazy"Western Union Band2:19
22."Katakan"Rubiah Lubis2:35
Jumlah masa: 57:52


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Ku Syafiq Ku Rozi (6 September 2020). "Khazanah muzik Malaysia yang hilang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 September 2020.
  2. ^ "Psyche Oh! A Go Go book tells untold story of obscure 1960s M'sian pop music" (dalam bahasa Inggeris). Headtopics. 7 Ogos 2020. Dicapai pada 25 September 2020.
  3. ^ "Duo track down 'lost' 1960s local music" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 31 Ogos 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  4. ^ S. Indramalar (7 Ogos 2020). "Record shop owner sells his vintage t-shirts to fund book on lost Malaysian 1960s music" (dalam bahasa Inggeris). mStar Online. Dicapai pada 25 September 2020.
  5. ^ Azizul Rahman Ismail (18 September 2020). "Down memory lane" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 September 2020.
  6. ^ Adrian Yap (25 Ogos 2020). ""They were making rebel music" - Psyche Oh! A Go Go curators on Malaysiaan and Singaporean bands from '60s" (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 25 September 2020.
  7. ^ "Nazareth Mohd on Instagram: "Sepatutnya buku & CD "Psyche Oh! A Go Go" rilis pada hari ini Record Store Day 2020... Tapi tak mengapa, kita belanja teaser lagu-lagu dari kompilasi CD buku tersebut."". Nazareth Mohd. 18 April 2020. Dicapai pada 25 September 2020 – melalui Instagram.
  8. ^ S. Idramalar (11 Ogos 2020). "Digging up for the cool" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 September 2020.
  9. ^ "Various Artists - Psyche Oh! A Go Go" (dalam bahasa Inggeris). ISRABOX. 31 Ogos 2020. Dicapai pada 25 September 2020.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Adly Syairi Ramly & Naza Mohamad (2020). Psyche Oh! A Go Go: Lost Gems of Malaysia/Singapore Pop Music '64–74 (dalam bahasa Inggeris). Obscura Malaysia & Sputnik Rekordz. ISBN 9789671617540.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]