Pusat Konvensyen & Pameran Suntec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre
Lokasi1 Raffles Boulevard, Singapore 039593
PemilikHarmony Investors Group (66.8% owned by Suntec REIT, 33.2% milik tidak langsung City Harvest Church)
PentadbirARA Asset Management Limited
Dibuka30 Ogos 1995; 28 tahun yang lalu (1995-08-30)
Laman sesawang
www.suntecsingapore.com

Pusat Konvensyen & Pameran Suntec (bahasa Inggeris: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre ialah suatu pusat pameran dan persidangan terletak dalam persimpangan jalan-jalan Nicoll Highway, Raffles Boulevard dan Temasek Boulevard di Daerah Perdagangan Tengah, Kawasan Tengah Singapura bersebelahan Stesen MRT Esplanade.

Tapak ini berkeluasan 42,000 meter persegi merangkumi banyak tingkat.[1] Ia boleh menampung acara dihadiri dari sebanyak 10 hingga 10,000 orang pengunjung sambil mudah dihubungi ke banyak kemudahan hotel, tempat makan dan pusat beli-belah.[2]

Pusat ini dibuka pada 30 Ogos 1995.[3] Ia menjalani projek pengubahsuaian besar membelanjakan sebanyak SGD184 juta pada Oktober 2012[4] sebelum dibuka semula pada Jun 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "APGCS 2013". apgcs.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2015.
  2. ^ "Overview". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-13. Dicapai pada 2021-04-13.
  3. ^ "Grand Opening of the Singapore International Convention and Exhibition Centre" (PDF). NAS. 30 August 1995. Dicapai pada 23 August 2019.
  4. ^ "Asia's MICE industry thrives in 2014". Singapore Business Review.