Yayasan RCE

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RCE Yayasan)

Yayasan RCE merupakan sebuah syarikat penyedia pembiayaan, yang menawarkan Pinjaman Peribadi RCE kepada Kakitangan Kerajaan dengan Pembayaran Balik bulanan melalui Potongan Gaji atau Biro Angkasa. Yayasan RCE beroperasi melalui RCE Capital Bhd. (RCE Capital) menerusi anak syarikat milik penuhnya, RCE Marketing Sdn. Bhd. menerbit sekuriti bersandarkan aset (ABS) sehingga RM1.5 bilion untuk membiayai pinjaman belum terima khususnya daripada kakitangan awam.[1]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dana Yayasan dari RCE Capital Berhad [2] adalah syarikat kewangan utama dalam industri kewangan yang memberi dana kepada koperasi-koperasi di Malaysia. RCE Capital Berhad adalah hakmilik Tan Sri Azman Hashim dan juga Executive Chairman syarikat tersebut.[3] Beliau juga merupakan pemegang saham utama dengan pelaburan syarikat induknya, Amcorp Group Bhd yang memegang kepentingan utama dalam AMMB Holding Bhd [4](lebih dikenali sebagai kumpulan AmBank).

Dahulunya RCE Capital Berhad telah di senaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada 20 September 1994 dan pernah melibatkan diri dalam bidang media pengiklanan dan penyiaran. Namun demikian, RCE telah menamatkan operasi perniagaan media pengiklanan dan penyiaran sepenuhnya pada tahun 2004. Dengan ini Pinjaman RCE Yayasan[5] dapat menumpukan untuk melibatkan diri dalam perkhidmatan pinjaman peribadi sepenuhnya. Pada 23 Ogos 2006, status penyenaraiannya telah ditukarkan ke Main Board (Pasaran Utama) Bursa Saham Malaysia.[6]

Teras perniagaan RCE Yayasan yang memperuntukan dana pinjaman melalui kerjasama dengan koperasi melalui anak syarikat milik penuhnya RCE Marketing Sdn Bhd (“RCE Marketing”). RCE Marketing berperanan dalam bentuk model pembiayaan untuk koperasi dengan pembayaran balik pinjaman [7]yang mudah melalui skim potongan gaji kerajaan yang ditadbir oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]