Sekolah Kebangsaan Inanam Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK INANAM LAUT)
Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Lokasi
 Malaysia Wdt 46, 88450, Inanam,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088421208
Kod sekolahXBA4091
Faks6088421208


Sekolah Kebangsaan Inanam Laut atau nama ringkasnya SK Inanam Laut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 46.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Inanam Laut memiliki 476 pelajar lelaki dan 371 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 847 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham KK Md. Yassin bin Hj. Ghani bersama beberapa orang penduduk kampung inanam laut. Permohonan pembinaan sekolah ini telah dikemukakan sejak tahun 1960-an lagi tetapi disebabkan oleh kerana belum ada tapak yang sesuai maka pembinaan telah ditangguhkan.

Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 1979 dan telah dapat disiapkan pada akhir tahun 1981. Sekolah ini telah didirikan di tapak seluas 3.32 ekar dan terletak di pertengahan Kampung Inanam Laut dalam daerah Kota Kinabalu. Jarak sekolah ini dari Kota Kinabalu ialah lebih kurang 10 km dan 0.5 km dari pekan Inanam. Terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah bilik darjah, satu bilik pusat sumber, satu buah bilik gerakan, satu buah bilik guru besar, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru dan beberapa bilik yang terpaksa diubah suai untuk mengatasi kekurangan. sekolah ini mempunyai sebuah flat guru iaitu sebuah bangunan empat tingkat dan dua buah rumah kayu.

Sekolah ini mula dibuka untuk beroperasi pada awal tahun 1982 dengan jumalah murid seramai 133 orang sahaja. Sebelum ini kanak-kanak di sekitar Inanam laut bersekolah di SRK St. Cathrine Inanam, SK Likas, SK Darau, Menggatal dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Bermula dengan jumlah seramai 133 orang murid dan 4 buah kelas, perkembangan pesat berlaku dari segi pertambahan murid dari setahun ke setahun dan akhirnya pada tahun 1987 sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolah iaitu pagi dan petang.

Sehingga tahun 2007, sekolah ini mempunyai 25 buah kelas (sesi pagi dan petang) dengan jumlah murid seramai 950 orang, 52 orang guru dan 5 orang anggota kumpulan sokongan, sebuah pra sekolah telah beropreasi pada tahun 2006 dengan jumlah murid seramai 25 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Wdt 46
88450, Inanam
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088421208
Fax = 6088421208

Pautan luar[sunting | sunting sumber]