Sabar (Lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Sabar"
Single oleh Ismail Izzani
Dikeluarkan pada Februari 22, 2017
Format Digital download
Dirakam pada 2017
Genre Pop, R&B
Panjang 3:31
Syarikat World Peace Entertainment
Penulis Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani, Zyn

Sabar ialah single pertama daripada penyanyi pendatang baharu di dunia seni muzik Malaysia, Ismail Izzani. Single tersebut diciptakan secara bersama-sama oleh Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani dan Zyn.

Untuk official muzik video daripada single berkenaan juga telah dimuat naik di Youtube 'World Peace Entertainment' pada tarikh 24 Februari 2017, 2 hari selepas ianya keluar secara rasmi di ITunes, Joox dan Spotify. Lagu tersebut juga mendapat sambutan hangat dan respon positif dari penikmat muzik Malaysia. Dalam tempoh empat bulan sahaja muzik video lagu berkenaan sudah ditonton lebih lapan juta kali. Ini merupakan satu jumlah yang sangat membanggakan.

Lagu Sabar juga turut popular dalam kalangan peminat di Indonesia sehingga dimainkan di pusat hiburan di sana. Malah ada orang yang menyangkakan ingat Ismail Izzani penyanyi Indonesia. Sambutan yang memberangsangkan ini, menyebabkan Ismail bersama syarikat naungannya World Peace Entertainment turut merancang untuk turun ke Indonesia bagi memperhebatkan sayap Sabar ke Indonesia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.