Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
Lokasi
Alor Setar, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam atau nama ringkasnya SK Kampong Gelam, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Alor Tajar, Alor Setar, Kedah.

Tapak sekolah sebelum ini adalah milik Haji Abdul Rahman Bin Abdullah. Beliau lebih dikenali penduduk kampung dengan panggilan manja "Awang Teganu". Oleh kerana pada masa itu tiada sekolah di Kampong ini, anak anak kampong terpaksa berjalan kaki ke Langgar atau Derga untuk mengaji sekolah Kebangsaan Langgar atau Sekolah Kebangsaan Derga.

Atas kesusahan ini, Haji Abdul Rahman telah membawa geran tanah lot sekolah sediada ini ke Pejabat Pelajaran di Alor Star untuk diwakafkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dijadikan sekolah seterusnya digazetkan untuk dijadikan sebuah sekolah. Tanggal 5 April 1951 tertubuhlah sebuah sekolah di atas sebidang tanah berukuran seluas 3 relong. Pada masa itu, ia dinamakan sekolah rakyat dengan jumlah murid seramai 46 orang iaitu 24 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Kini sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam. Sekolah ini mempunyai 1 blok bangunan dua tingkat, 1 blok bangunan setingkat, 1 blok surau, 1 blok makmal komputer, 1 blok kantin, Tadika Kemas serta 1 blok bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
Jalan Datuk Kumbar, Alor Tajar
05300, Alor Setar
Kedah Darul Aman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]