Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah
Lokasi
Batu 4, Jalan Cecily Utara, 90000, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
Moto"Pintar Harmoni Cemerlang"
Slogan "Muhibbah No 1"
Nombor sekolah089-214491
Kod sekolahXEA2075
PengetuaTn Hj Jefri Abdul Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikDatin Hajah Noorazizah Shaikh Esmail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Sumadi Asmat
Penolong Kanan KokurikulumEn Jumain Taepe
Faks089210488
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah atau nama ringkasnya SMK Muhibbah, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Batu 4, Jalan Cecily Utara.

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah memiliki keseluruhan murid seramai 1400 pelajar dan 88 staf guru. Pada mulanya sekolah ini beroperasi dengan dua sesi persekolahan, namun pada tahun 2012, sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya hanya dengan satu sidang persekolahan apabila bangunan baharu telah siap sepenuhnya pada tahun 2011. Kini bermula tahun 2016, sekolah ini ditadbir oleh pengetua yang dedikasi iaitu Tn Hj Jefri Abdul Ahmad menggantikan Pn Lim Li Li yang telah bersara. Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah menekankan pendidikan yang berkualiti sesuai dengan visi dan misinya iaitu ;

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Sekolah ini juga mempunyai pentadbir yang dedikasi dengan kerjasama guru yang bertungkus-lumus dalam bekerja bagi melonjakkan nama sekolah. Berikut merupakan senarai nama pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak dari penubuhannya:

  1. En Sani Sahwi (1991-2000)
  2. Pn Normah Husin (2000-2008)
  3. Tn Hj Sh Mahada Sh Attar (2009)
  4. Pn Lim Li Li @ Lily (2009-2015)
  5. Tn Hj Jefri Abdul Ahmad (2016-kini)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Muhibbah mula dibuka dan beroperasi pada 19 Disember 1991 di bangunan blok papan dan mempunyai 4 bilik darjah sahaja. Sebelum mempunyai fasiliti tersendiri, SMK Muhibbah telah beroperasi dengan menumpang kelas di SK Muhibbah yang terletak di bersebelahan tempat. Pada tahun 1995, SMK Muhibbah telah mula beroperasi di bangunan tersendirinya yang mempunyai 3 tingkat serta dua blok bangunan. Pada tahun 1998, satu blok bangunan konkrit satu tingkat telah dibina dan kini digunakan untuk Pendidikan Khas (4 bilik darjah).

Sekolah ini telah membuka aliran tingkatan enam rendah pada tahun 1998. Kini SMK Muhibbah mempunyai 88 orang guru, 13 anggota kakitangan sokongan dan 1,400 orang pelajar termasuk pelajar pendidikan khas. Sekolah ini juga mempunyai 3 blok bangunan tambahan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal yang dijangka siap pada tahun 2010. Pada tahun 2011, bangunan baharu telah siap dibina sepenuhnya bagi membolehkan sekolah beroperasi secara satu sidang.

Sejajar dengan sejarahnya, SMK Muhibbah mempunyai falsafah iaitu Pendidikan di SMK Muhibbah memfokuskan pendidikan berkesan dan berkualiti yang menekankan kepada kesepaduan pendidikan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelaksanaan pendidikan bertujuan melahirkan modal insan yang berwawasan, berkemahiran, kreatif dan inovatif, bersahsiah mulia dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini diharapkan dapat membentuk masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kearah keharmonian dan kemakmuran masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah telah menerima pengiktirafan pencapaian antarabangsa Program Eko-Sekolah. Sempena majlis itu, sekolah ini telah melancarkan anugerah Bendera Hijau dan mengibarkan bendera itu di bangunan sekolah. Bendera itu diterima selepas SMK Muhibbah memenangi anugerah tertinggi Bendera Hijau Eko-Sekolah peringkat antarabangsa, sekolah pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang diberikan pengiktirafan tertinggi oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar Tabung Alam Dunia Malaysia pada tahun 2014.

SMK Muhibbah, Sandakan telah terpilih sebagai Finalis Wira Harapan SERASI peringkat sekolah menengah di antara 14 buah sekolah di negeri Sabah. Anugerah ini telah disampaikan pada 13 Oktober 2012 dalam Majlis Anugerah SERASI yang bertempat di Yayasan Sabah.

Selain itu, SMK Muhibbah Sandakan juga telah menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2016. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 02 hingga 05 Mei 2016 di Stadium Kompleks Sukan Sandakan. Kejayaan PPKI SMK Muhibbah sebagai pengelola utama kejohanan dengan cemerlangnya meraih Johan Perbarisan Kontijen Sandakan.  Kejohanan ini turut menyaksikan Zon Sandakan sebagai Naib Johan Keseluruhan Peringkat Negeri Sabah 2016.

SMK Muhibbah Sandakan juga berjaya menjadi Johan Pertandingan Tandas Terbersih Peringkat Daerah Sandakan Kategori Sekolah Menengah. Penilaian pertandingan telah dijalankan pada Oktober 2015 dan diadili oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. 

Seterusnya, dari segi akademik pula, pada 15 Mac 2018, SMK Muhibbah mencatat rekod cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar dari sekolah ini telah menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah YBhg Datuk Maimunah Haji Suhaibul.

Tidak kurang juga bagi pencapaian pelajar peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pada tahun 2012 , Saudara Chia Chee Hee muncul sebagai pelajar terbaik STPM dengan mencatat 2A,1A-, 1B, (PNGK 3.67) serta Aman Abdullah 1A, 1B, 2B+, (PNGK 3.33) dalam aliran Sains tulen. Chia Chee Hee dan Aman telah berjaya mendapatkan biasiswa Shell. Chia Chee Hee mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Geosains di University of Bristol, UK pada bulan September manakala Aman pula dalam bidang Petroleum Engineering di Curtin University of Sarawak pada bulan Julai 2013.

Pada tahun 2014, Supiah Binti Mohamad telah mengharumkan nama SMK Muhibbah kerana telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang iaitu dengan PNGK 4.00 dalam bidang Sastera. Beliau di antara 16 pelajar yang tercalon sebagai pelajar cemerlang STPM 2014 peringkat negeri Sabah telah diraikan pada 3 Mac 2015 dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2014 di Kota Kinabalu. Sijil telah disampaikan oleh Pengarah JPN Sabah, Datuk Jame Alip. Supiah juga telah ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan meneruskan pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Seterusnya pada tahun 2018, pencapaian STPM 2017 Jenny binti Patharasa dan Kaswiza Mae binti Suaib sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM Negeri Sabah 2017 dengan pencapaian PNGK 4.00 dalam bidang sastera yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah YBhg Datuk Maimunah Haji Suhaibul.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah
Batu 4, Jalan Cecily Utara,
90000, Sandakan,
Sabah,  Malaysia
Telefon = 089-214491
Fax = 089-210488

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]