Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2
Jenis Sekolah menengah teknik, Sekolah Kerajaan
Kod sekolah KKA3001
Lokasi  Malaysia Lot 82 Kampong Sungai Tukang 08000Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Telefon 6044429034
Faks 6044427681


Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 atau nama ringkasnya SM Teknik Sungai Petani 2, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Lot 82, Kampong Sungai Tukang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 memiliki 152 pelajar lelaki dan 338 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 490 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bangunan bermula di atas bekas tapak ladang getah seluas 40 ekar pada tahun 1989. Dua tahun kemudian bangunan siap dibina dengan kos RM19 juta. Sekolah pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2. Ketika itu bangunan sekolah meliputi 2 blok pentadiran, 4 blok bengkel, 2 blok bilik darjah, 6 blok asrama dan 17 buah rumah warden dan staf sekolah. Di samping itu terdapat sebuah pusat sumber, sebuah dewan besar, sebuah kantin sekolah, sebuah surau, sebuah bilik rawatan dan sebuah dewan makan asrama. Bagi kegiatan riadah, disediakan sebuah padang bola, 2 gelanggang tenis, dan sepak takraw, sebuah gelanggang bola tampar

Pada 1 Ogos 1992, enam orang guru dihantar untuk berkhidmat di sekolah ini yang diketuai oleh En. Azami bin Bakar sebagai pengetua sekolah yang pertama. Segala perabot, peralatan bengkel dihantar secara berperingkat-peringkat.

Pada 1 Disember 1991, persekolahan dimulakan dengan pengambilan pelajar pertama seramai 338 orang. Pada ketika itu sekolah menawarkan 7 kursus kemahiran vokasional, iaitu Pengajian Perdagangan, Pengurusan Pejabat, Katering, Bakeri dan Konfeksioneri, Rekaan Fesyen, Asuhan Kanak-Kanak dan Seni Kecantikan.

Keputusan SPMV buat pertama kalinya diumumkan dengan pencapaian 82.9%. Pencapaian ini telah meningkat dari setahun ke setahun. Pada pertengahan tahun 1996, Pn. Hjh. Hamidah bt. Yahaya telah menggantikan Tuan Hj. Azami Bakar. Pencapaian SPMV melonjak kepada 93.82% pada tahun 1997. Pada tahun 1998 sekolah telah dinaiktaraf kepada sekolah yang mempunyai aliran teknik dan vokasional dan ditukar nama sekolah kepada Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2. Pengambilan pertama pelajar aliran teknik adalah seramai 94 orang disamping pelajar-pelajar vokasional yang masih dikekalkan.

Sistem pensijilan SPM telah ditukar kepada sitem terbuka. Projek naik taraf bermula pada bulan September 1999. Empat buah bangunan dibina secara serentak iaitu 3 blok 3 tingkat untuk kelas, bilik guru, makmal dan bengkel. Satu blok 4 tingkat untuk asrama putera. Selain daripada itu pembesaran dan pengubahsuaian bangunan kantin, pusat sumber, surau dan dewan makan dilakukan serentak bagi menampung keperluan pertambahan bilangan pelajar. Satu kursus baru akan ditawarkan iaitu Kursus Kejuruteraan Awam.

Keputusan SPM 1999 diumumkan dengan pencapaian 94.74%, manakala keputusan SPMV pula adalah 98.52% sekaligus menempatkan SMTSP2 ditangga pertama bagi sekolah-sekolah vokasional seluruh Malaysia. Keputusan SPM terbuka buat julung kalinya diumumkan dengan pencapaian 98% dan menempatkan SMTSP2 ditangga ke-12 di antara sekolah-sekolah teknik seluruh Malaysia. Pada tahun 2002, bangunan baru mula digunakan. Keputusan SPM 2001 diumumkan dengan pencapaian 100%. Kegemilangan sekolah terus menyerlah apabila dianugerahkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara pada peringkat kebangsaan, Anugerah Sekolah 5 Bintang dan Pencapaian Terbaik SPM 2001 kategorai bandar peringkat Daerah Kuala Muda Yan.

Pada tahun 2003, bilangan pengambilan pelajar telah meningkat kerana terdapat pertambahan kursus yang ditawarkan iaitu seramai 945 orang.SMTSP2 sekali lagi menerima Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2002 kategori luar bandar peringkat Daerah Kuala Muda Yan dan pencapaian cemerlang 100%. SMTSP2 telah terpilih untuk menyertai pertandingan 3K peringkat kebangsaan tahun 2003.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Merujuk dari segi pencapaian Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 ternyata sekolah ini memiliki beberapa pencapaian yang membanggakan. Hal ini termasuklah dari segi Persatuan, Kawad Beruniform dan sebagainya. Namun begitu pencapaian ini adalah lebih menjurus kepada sukan Ragbi sekolah tersebut di mana rata-rata pencapaian sukan ini adalah yang terbaik pernah dikecapi oleh SMTSP 2.

Tidak lupa juga pada tahun 2007, pada Kejohanan Bolasepak MSSK (D) Kuala Muda Yan (KMY) bawah 16-tahun merupakan detik paling manis buat Sekolah ini. SMTSP 2 berjaya meraih pingat perak di mana sekolah ini hanya tewas tipis 0-1 kepada Juara dari Sekolah Menengah Khir Johari (Sekolah Sukan). Pencapaian ini adalah yang julung kalinya buat pasukan bolasepak SMTSP 2 di mana pasukan bolasepak sekolah ini belum pernah menduduki mana-mana pentas akhir dalam semua acara bolasepak yang pernah dipertandingkan sebelumnya.

Pencapaian ini menjadi perbualan semua guru-gruru di SMTSP 2 dan tidak terkecuali dari sekolah-sekolah yang lain juga. Namun begitu menurut jurulatih yang juga guru pasukan bolasepak sekolah SMTSP 2 pada ketika itu berkata, pencapaian itu adalah pencapaian para pemainnya. Beliau pernah mengatakan bahawa, rata-rata pemain bolasepak yang juga pelajar sekolah yang mewakili acara itu mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa berbanding pelajar yang mewakili sekolah sebelum ini. Mereka telahpun mencipta lagenda dan nama-nama pelajar tersebut adalah lagenda buat sekolah SMTSP 2 pada tahun 2007/2008. Sebagai kenangan dan menghargai jasa pelajar-pelajar ini, Jurulatih yang juga guru sekolah tersebut telah mengabdikan gambar pasukannya itu di dada akhbar Harian Metro edisi May 2007.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2
Lot 82, Kampong Sungai Tukang
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044429034
Fax = 6044427681

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. http://www.oocities.org/teknik_sp2/seja.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]