Sempadan Amerika Syarikat–Mexico
Sempadan Mexico–Amerika Syarikat ialah sebuah sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico.
Ia bermula dari Imperial Beach, California, dan Tijuana, Baja California, pada bahagian barat. Matamoros, Tamaulipas, dan Brownsville, Texas, pada bahagian timur. Ia merangkumi pelbagai rupa bumi, bermula dari kawasan urban terbesar sehingga gurun yang tidak sesuai didiami.
Dari Teluk Mexico, ia mengikuti perjalanan Rio Grande ke pelintasan sempadan di El Paso, Texas, dan Ciudad Juárez, Chihuahua. Dari barat ke timur ia melintasi Sonoran dan Gurun Chihuahuan yang luas. Kemudian ia melintasi Delta Sungai Colorado, barat ke San Diego dan Tijuana sebelum mencapai Lautan Pasifik. Sempadan AS-Mexico dianggap sebagai sempadan terbuka.[1]
Jumlah panjang sempadan ialah 3,169 km (1,969 bt), mengikut rajah yang diberikan oleh Sempadan dan Suruhanjaya Air Antarabangsa.[2] Ia ialah sempadan antarabangsa yang paling banyak dilintasi di dunia,[3][4][5] iaitu kira-kira tiga ratus lima puluh juta (350,000,000) lintasan setiap tahun.[6][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.pbs.org/newshour/bb/law/jan-june10/immigration2_05-20.html
- ^ "United States Section Directive" (PDF). Dicapai pada 2011-11-11.
- ^ Edwin Mora (19 Mei 2010). "Senate Democratic Whip Compares Sealing the Mexican Border to Trying to Keep Drugs Off of I-95". Cybercast News Service. Dicapai pada 9 Mac 2011.
- ^ a b Golson, Barry (2008). Retirement Without Borders: How to Retire Abroad--in Mexico, France, Italy, Spain, Costa Rica, Panama, and Other Sunny, Foreign Places. New York, New York: Simon and Schuster. m/s. 75. ISBN 9780743297011. Dicapai pada 9 Mac 2011. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Glenday, Craig (2009). Guinness World Records 2009. Random House Digital, Inc. m/s. 457. ISBN 9780553592566. Dicapai pada 9 Mac 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "US, Mexico open first new border crossing in 10 years". AFP. 12 Januari 2010. Dicapai pada 9 Mac 2011.