Senarai episod Death Note
Ini ialah senarai episod bagi siri anime Jepun, Death Note, berdasarkan siri manga yang masing-masing ditulis dan dilukis oleh Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata. Siri ini tertumpu kepada kisah seorang pelajar sekolah menengah yang mahu menghapuskan dunia kejahatan dengan bantuan sebuah buku nota ajaib yang membunuh sesiapa yang namanya tertulis di dalamnya.
Pada masa ini siri Death Note disiarkan di Jepun di saluran Nippon Television setiap hari Rabu jam 12.56 tengah malam waktu tempatan.[1] Episod pertama disiarkan pada 3 Oktober, 2006 dan siri ini dijadualkan untuk disiarkan sebanyak 37 episod.[2]
Setakat 10 Januari 2007, siri tersebut dilesenkan kepada VIZ Media bagi siaran di Amerika Syarikat termasuklah perkhidmatan "Muat Turun untuk Dimiliki" dan "Muat Turun untuk Disewa" semasa siri tersebut masih lagi disiarkan di Jepun, satu langkah yang disifatkan "signifikan kerana ia menandakan detik kali pertama anime Jepun dibenarkan untuk dimuat turun secara sah semasa masih disiarkan di stesen televisyen Jepun".[3] DVD bagi siri tersebut akan dilancarkan dalam versi alih suara bahasa Inggeris, manakala versi muat turun pula kekal berbahasa Jepun dengan sari kata bahasa Inggeris.[4] Maklumat mengenai DVD versi bahasa Jepun masih lagi tidak jelas. Tarikh pelancaran bagi kedua-dua versi tersebut juga masih belum diumumkan.[4]
Episod
[sunting | sunting sumber]- Senarai tidak lengkap ini masih dikemaskinikan.
Walaupun siri ini disiarkan setiap Rabu (mengikut Waktu Piawai Jepun), siri ini disenaraikan bagi siaran hari Selasa.[1] Oleh itu, tarikh ke udara yang dinyatakan adalah mengikut intisari rancangan rasmi hari Selasa. Templat:Spoiler
Screenshot | Tajuk | Tarikh disiarkan | # |
---|---|---|---|
01 | "Shinsei" (新生) | 3 Oktober 2006 | |
Pelajar sekolah menengah, Light Yagami terjumpa sebuah buku nota misteri berlabel "DEATH NOTE", dan selepas mengikuti arahan di dalamnya, dia menemui kuasanya yang menakutkan. | |||
02 | "Taiketsu" (対決) | 10 Oktober 2006 | |
Light menggunakan Nota Maut untuk membunuh Lind L. Tailor tetapi terjerumus dalam perangkap yang dirancang oleh L. | |||
03 | "Torihiki" (取引) | 17 Oktober 2006 | |
Ryuk memberitahu Light ada seorang lelaki mengekorinya, dan memberitahu Light tentang tawaran "Mata Shinigami". | |||
04 | "Tsuiseki" (追跡) | 24 Oktober 2006 | |
Setelah menguji lebih lanjut mengenai kuasa Nota Maut, Light berjaya mengesan nama lelaki yang mengekorinya. | |||
05 | "Kakehiki" (駆引) | 31 Oktober 2006 | |
Light mempergunakan Raye Penber untuk membunuh musuh-musuhnya. | |||
06 | "Hokorobi" (綻び) | 7 November 2006 | |
Ahli pasukan penyiasatan bertemu L secara berdepan buat kali pertama. | |||
07 | "Donten" (曇天) | 14 November 2006 | |
Light mesti menghapuskan seorang saksi penting yang boleh menyusahkannya. | |||
08 | "Mesen" (目線) | 21 November 2006 | |
Light mendapati biliknya telah dipecah masuk, dan membuat rancangan untuk mengelakkan dirinya dari disyaki. | |||
09 | "Sesshoku" (接触) | 28 November 2006 | |
L mendedahkan identiti dirinya kepada Light untuk menyiasatnya dengan lebih mendalam. | |||
10 | "Giwaku" (疑惑) | 5 Disember 2006 | |
L cuba menguji profil Light melalui perlawanan tenis, serta beberapa soalan mengenai kes Kira. | |||
11 | "Totsunyū" (突入) | 12 Disember 2006 | |
Kekecohan timbul apabila Kira Kedua menyiarkan mesejnya kepada dunia melalui sebuah stesen TV. | |||
12 | "Koigokoro" (恋心) | 26 Disember 2006 | |
L menjemput Light menyertai pasukan penyiasatan untuk membantu mendedahkan identiti Kira Kedua. | |||
13 | "Kokuhaku" (告白) | 9 Januari 2007 | |
Misa mengetahui identiti Light sebagai Kira dan pergi melawatnya. | |||
14 | "Tomodachi" (友達) | 16 Januari 2007 | |
Light membuat satu rancangan untuk menghapuskan L dengan menggunakan Misa dan Rem. | |||
15 | "Kake" (賭け) | 23 Januari 2007 | |
L menangkap Misa setelah memperolehi barang bukti. Misa melakukan pengorbanan demi melindungi Light. | |||
16 | "Ketsudan" (決断) | 30 Januari 2007 | |
Light membuat rancangan dengan melepaskan hak milik kedua-dua Nota Maut dan menyerah diri untuk disiasat. | |||
17 | "Shikkō" (執行) | 6 Februari 2007 | |
50 hari berlalu namun Light dan Misa masih tidak mengaku salah, jadi L dan Soichiro melakukan satu rancangan drastik. | |||
18 | "Nakama" (仲間) | 13 Februari 2007 | |
Setelah menyelesaikan perselisihan faham antara mereka, Light dan L mula menyiasat Kumpulan Yotsuba bersama. L juga mengupah ahli baru dalam pasukan. | |||
19 | "Matsuda" (松田) | 20 Februari 2007 | |
Matsuda ditangkap kerana mengintai sekitar ibu pejabat Kumpulan Yotsuba, dan terpaksa berpura-pura mati untuk melepaskan diri. | |||
20 | "Kosoku" (姑息) | 27 Februari 2007 | |
Pasukan penyiasatan melancarkan rancangan untuk mendedahkan identiti Kira di kalangan ahli lembaga pengarah Yotsuba. | |||
21 | "Katsuyaku" (活躍) | 6 Mac 2007 | |
Sambil memainkan peranannya dalan rancangan pasukan penyiasatan, Misa terserempak dengan Rem yang memberitahu segala-galanya semasa dia menjadi Kira Kedua. | |||
22 | "Yūdō" (誘導) | 13 Mac 2007 | |
Selepas membongkar identiti Kira, kumpulan L mula mengepungnya. | |||
23 | "Kyōsō" (狂騒) | 20 Mac 2007 | |
Mengetahui identitinya sudah terbongkar, Higuchi bergelut dengan apa saja cara untuk mengelakkannya daripada ditangkap. | |||
24 | "Fukkatsu" (復活) | 27 Mac 2007 | |
Dengan Nota Maut kembali ke tangan Light semula, ingatannya kembali pulih dan dia meneruskan rancangan besarnya. | |||
25 | "Chinmoku" (沈黙) | 3 April 2007 | |
Light mempergunakan Rem untuk menghapuskan musuh ketatnya. | |||
26 | "Saisei" (再生) | 10 April 2007 | |
Light kembali membunuh penjenayah untuh mencipta dunia barunya. | |||
27 | "Yūkai" (誘拐) | 17 April 2007 | |
Lima tahun kemudian, dua musuh baru Light muncul. | |||
28 | "Shōsō" (焦燥) | 24 April 2007 | |
Near menghubungi Light dan kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama demi menyelamatkan Sayu. | |||
29 | "Chichioya" (父親) | 1 Mei 2007 | |
Kesal kerana membiarkan Nota Maut jatuh ke tangan Mello demi menyelamatkan Sayu, Soichiro mengorbankan nyawanya untuk mendapatkannya kembali. | |||
30 | "Seigi" (正義) | 8 Mei 2007 | |
Setelah mendapat maklumat penting daripada Mello, Near mula mengesyaki Light. Light pula mula memasang perangkap untuk Near setelah berjaya mempengaruhi kerajaan Amerika Syarikat. | |||
31 | "Ijō" (移譲) | 15 Mei 2007 | |
Mengetahui dirinya mula disiasat oleh Near, Light mengarahkan Misa untuk melancarkan rancangan sandaran. | |||
32 | "Sentaku" (選択) | 22 Mei 2007 | |
Setelah Mikami memilih jurucakap baru bagi menggantikan Demegawa, Light mencari jalan untuk menghubunginya. | |||
33 | "Chōshō" (嘲笑) | 29 Mei 2007 | |
Near sampai di Jepun dan kumpulannya mula menyiasat Mikami. | |||
34 | "Koshi" (虎視) | 5 Jun 2007 | |
Aizawa menggunakan helahnya untuk mengesan pengkhianatan Light dan menemui hakikat sebenar mengenainya. Kemudian, SPK menahan Misa dan Mogi. | |||
35 | "Satsui" (殺意) | 12 Jun 2007 | |
Di dalam operasi berani mati, Melo mula bergerak dan berjaya menangkap Taka, menimbulkan halangan bagi kedua-dua rancangan Near dan Light. | |||
36 | "1.28" (1.28) | 19 Jun 2007 | |
Berbekalkan strategi untuk menewaskan pihak lawan, Light dan Near akhirnya bertemu secara berdepan. | |||
37 | "Shinsekai" (新世界) | 26 Jun 2007 | |
Pertarungan yang panjang antara Kira dan musuhnya berakhir. | |||
-- | 31 Ogos 2007 | ||
Episod khas 3 jam Death Note, merupakan kompilasi bagi siri konfrantasi antara Light dan L, disunting semula mengikut perspektif Ryuk dengan dialog dan runut bunyi baru termasuklah animasi tambahan yang tidak disiarkan di dalam siri asal. |
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Official Death Note Website" (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2006-11-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Nippon Television Network Program Catalogue: Animation" (PDF) (dalam bahasa English). m/s. 4. Dicapai pada 2006-11-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Viz Media Secures Landmark Agreement To Make Death Note Anime Series Available For Download". Anime on DVD. 2007-01-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-01-11.
- ^ a b "Death Note Release Won't be Limited to Downloads". Anime News Network. 2007-01-13. Dicapai pada 2007-01-13.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Official Death Note Website, containing descriptions and images of each episode" (dalam bahasa Japanese). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-08. Dicapai pada 2006-11-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
- "Unofficial site with English and Japanese episode listings". Anime News Network (dalam bahasa English). Dicapai pada 2006-11-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Utama | Manga | Senarai episod anime | Watak | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Konsep | Peraturan Nota Maut | Mata Shinigami | ||||||||
|