Shakti — Astitva Ke Ehsaas Ki
Shakti — Astitva Ke Ehsaas Ki | |
---|---|
Genre | Frama keluarga |
Pencipta | Rashmi Sharma |
Ditulis oleh | Rashmi Sharma |
Dibintangi oleh | Rubina Dilaik Vivian Dsena Roshni Sahota |
Negara asal | India |
Bahasa | Hindi |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 1171 as of 2 February 2021[1] |
Penerbitan | |
Penerbit | Rashmi Sharma & Pawan Kumar Marut |
Lokasi | Mumbai, India |
Pemasangan kamera | Multi-camera |
Tempoh siaran | 22 minit anggaran |
Syarikat penerbitan | Rashmi Sharma Telefilms Limited |
Syarikat pengedaran | Viacom 18 |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | 576i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 30 Mei 2016 | – present
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Shakti — Astitva Ke Ehsaas Ki (Melayu: Kekuatan Rasa Kewujudan) adalah siri televisyen drama keluarga Hindi India, yang ditayangkan pada Jun 2016 dan disiarkan di Colors HD. Siri ini dihasilkan oleh Rashmi Sharma Telefilms Limited dari Rashmi Sharma. Siri ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada Jam 7.00 p.m.[2][3] Rubina Dilaik dan Vivian Dsena memainkan peranan utama dalam siri ini.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Cerita ini dimulai dengan kisah dua beradik perempuan, Soumya (Rubina Dilaik) dan Surbhi (Roshni Sahota). Soumya ialah kakak kandung kepada Surbhi. Pada permulaan cerita (Episod 1), latar cerita ini menunjukkan ibu Soumya-Nimmi ingin menyelamatkan Soumya daripada ditanam hidup-hidup oleh bapanya iaitu Maninder Singh. Soumya tidak disukai oleh bapa dan neneknya kerana dia dilahirkan sebagai khunsa, tetapi sering diberi lebih perhatian oleh ibunya kerana kekurangan yang ada pada diri Soumya. Surbhi mendapat semua perhatian daripada bapanya. Soumya adalah seorang gadis yang tenang dan senyap, tetapi Surbhi adalah seorang gadis yang riang, penyayang dan ringan mulut. Setelah mereka dewasa, disinilah muncul watak baharu iaitu Harman (Vivian Dsena),anak kepada pemilik kilang pembuatan patung kanak-kanak di daerah Gurdaspur iaitu Harak Singh.Segalanya bermula apabila Harman memecah masuk ke dalam rumah Soumya kerana dia ingin mendapatkan perlindungan daripada sekumpulam samseng dan secara tidak sengaja telah memecah masuk rumah Soumya.Dalam masa yang sama, dia juga terpikat akan kecantikan Surbhi dan memasang niat untuk menjadikan Surbhi itu kekasihnya.
Harman memutuskan untuk menculik Surbhi akan tetapi dia terculik Soumya dengan tidak sengaja. Harman mebebaskan Soumya dan menghantarnya pulang ke rumah pada hari berikutnya, namun apabila sekumpulan penduduk kampung terlihat mereka berjalan beriringan, mereka menuduh bahawa Soumya dan Harman melakukan perbuatan yang tidak senonoh selama semalaman mereka menghilangkan diri. Untuk mengelakkan penghinaan kepada kedua-dua keluarga, bapa Harman memerintahkan Harman supaya meletakkan sindoor (tanda perkahwinan) di dahi Soumya dan Harak Singh memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa dia akan membawa anak lelakinya itu pulang dan menerima Soumya menjadi menantunya.Setelah perkahwinan itu dilakukan dengan penuh ritual. Nimmi, ibu Soumya ini, terkejut apabila melihat bahawa Soumya berkahwin dengan Harman.
Nimmi bimbang bahawa Harman tidak dapat menerima Soumya lagi setelah dia mengetahui kebenaran bahawa Soumya bukanlah perempuan yang sempurna, sebaliknya seorang khunsa. Walaupun mendapat bantahan daripada ibu Harman, Preeto Singh dan bapa serta nenek sebelah bapa Soumya ini, Soumya dan Harman tetap berkahwin. Semasa malam perkahwinan, nenek sebelah bapa Soumya ini cuba untuk meracuni Soumya, tetapi tidak berjaya. Selepas gagal diracuni, bapa Soumya ini cuba untuk meracuni beliau meletakkan seekor ular yang amat berbisa didalam kotak hadiah perkahwinan Soumya. Mujurlah Surbhi perasan bahawa kotak itu mengandungi ular dan segeea menggantikannya dengan gelang, dan Soumya masih tidak sedar akan kebenaran dirinya. Harman dipanggil Soumya sebagai Gulabo dan beberapa detik-detik romantis berlaku antara Harman dan Soumya.
Kemudian Soumya terkejut apabila mengetahui bahawa dia adalah khunsa dan cuba membunuh diri.[2][4]
Pelbagai rintangan yang mereka terpaksa hadapi dalam perkahwinan mereka, antaranya apabila Preeto Singh mengetahui bahawa Soumya ialah seorang khunsa, dia telah mencuba pelbagai cara untuk menghalau Soumya dari rumahnya.Malah, pernah ada beberapa percubaan untuk membunuhnya tetapi segalanya ditentang hebat oleh Harman.Akhirnya, setelah beberapa lama, Preeto terpesona akan adab dan akhlak yang ada pada Soumya lalu mengubah mindset hidupnya bahawa golongan khunsa juga manusia yang sama seperti dia, cuma ketirisan dalam penentuan jantina.
Selain itu, Soumya juga pernah disimbah minyak tanah oleh ibu kepada Preeto setelah mengetahui bahawa menantu kepada anaknya itu seorang khunsa.Segalanya bermula apabila ibu kepada Preeto ini datang melawat ke rumah Preeto setelah sekian lama tidak menjenguk anak dan menantunya.Di pinti masuk rumah, dia meneka wajah menantu kepada anaknya itu dan memuji-muji Soumya mengatakan bahawa wajahnya seindah bulan purnama.Adik ipar kepada Preeto, Shanno amat benci kepada Soumya kerana dia seorang khunsa.Jadi, dia tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk menghapuskan khunsa itu dari hidupnya.Dia juga tahu bahawa jika ibu Preeto itu mengetahui bahawa Preeto telah menjadikan seorang khunsa sebagai menantu, pasti ibunya itu akan mengamuk.Jadi, pada suatu hari, ibu Preeto itu berpuasa dan akan berbuka apabila dia dapat menjamu seorang daripada komuniti khunsa.Oleh itu, Shanno dan suaminya, Viren serta anak saudaranya, Varun membuat perancangan dengan membuatkan seluruh komuniti khunsa termasuk ketuanya, Mallika pengsan.Maninder pula mengurung Surbhi dan nenek sebelah ibunya didalam bilik supaya tidak pergi membantu Soumya...
Keadaan terdesak sehinggakan tiada seorang pun khunsa yang ada bagi memenuhi kewajipan ibu Preeto tadi untuk membuka puasanya, Soumya yang tidak tahan melihat nenek mertuanya itupun sedar bahawa dia bertanggungjawab untuk memenuhi hasrat nenek mertuanya.Jadi, dia turun ke bawah lengkap dengan pakaian seorang khunsa.Nenek mertuanya terkejut melihat keadaan itu..Setelah selesai berbuka puasa, nenek mertuanya itu menamparnya dan menyimbah Soumya dengan minyak tanah..Hampir-hampir dibakar, Harman datang menyelamatkan Soumya dari bencans itu dan memutuskan untuk pergi jauh dari rumah itu.Preeto merelakan pemergian anak dan menantunya itu dengan penuh rasa hiba.
Cabaran tidak terhenti setakat itu, mereka berdua -Soumya dan Harman- diuji lagi dengan mereka dibelasah teruk oleh Varun, Viren dan Kishen Lal serta suami kepada Raavi (adik Harman) kerana mereka ingin mendapatkan bahagian harta Harman.Lalu, setelah Harman dan Soumya tidak berdaya kerana dipukul dengan teruk menggunakan kayu hoki, mereka dicampak ke dalam sungai yang berhampiran dan dihanyutkan Sehinggalah mereka ditemui dan dibawa ke hospital.Malangnya, mereka berdua telah hilang ingatan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Vivian Dsena sebagai Harman Singh
- Rubina Dilaik sebagai Soumya Harman Singh / Gulabo
- Roshni Sahota sebagai Surbhi Harman Singh / Chhoti
Lakonan berulang
[sunting | sunting sumber]- Lakshya Handa sebagai Varun Singh
- Reena Kapoor sebagai Nimmi Kaur (mati)
- Ayub Khan sebagai Maninder Singh
- Sudesh Berry sebagai Harak Singh
- Kamya Punjabi sebagai Preeto Harak Singh
- Garima Jain sebagai Raavi Singh
- Mahek Thaakur sebagai Sindhu Singh
- Ekta Singh sebagai Mallika / Saaya
- Kishori Shahane sebagai Guru Maa
- Ekta Singh sebagai Churail / Kinner [penjelasan diperlukan]
- Mahira Khurrana muda Soumya
- Tasheen Shah muda Surbhi
- Ajoy Chakraborty sebagai Mahi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Shakti — Astitva Ke Ehsaas Ki episodes". Shakti — Astitva Ke Ehsaas Ki. 20 May 2014. Dicapai pada 20 May 2015.
- ^ a b "Reena Kapoor bonds with her onscreen daughters on 'Shakti'". The Times of India. 13 May 2016. Dicapai pada 19 May 2016.
- ^ "Roshni Sahota to star in new show 'Shakti-Astitva ke Ehsaas Kii'". The Indian Express. 5 April 2016. Dicapai pada 19 May 2016.
- ^ "Roshni Sahota to star in new show 'Shakti-Astitva ke Ehsaas Kii'". The Indian Express. 5 April 2016. Dicapai pada 19 May 2016.