Starhill Gallery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari StarHill Gallery)
Starhill Gallery
LokasiBukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaan1996
PemilikYTL Corporation
Keluasan lantai peruncitan250,000 kaki persegi (23,000 m2)[1]
Bil. tingkat7
Laman webhttp://www.starhillgallery.com/
Starhill Gallery

Starhill Gallery ialah sebuah pusat beli-belah serba mewah yang terletak di kawasan pusat beli-belah dan hiburan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia. Dibuka pada tahun 1996 sebagai Starhill Centre, tempat ini menjual beraneka barangan mewah berjenama handalan seluruh dunia dengan golongan berpendapatan tinggi seperti sebagai sasaran mereka. Starhill Gallery terletak sebelah dengan Fahrenheit 88 dan Lot 10 yang boleh dicapai sepanjang persiaran Bintang Walk, Pavilion KL di seberang Jalan Bukit Bintang, bersambungan dengan JW Marriott Kuala Lumpur dan tidak jauh dari hotel-hotel The Westin dan The Ritz-Carlton. Antara jenama-jenama yang berniaga di sini termasuk Louis Vuitton, Dior, Givenchy, Bvlgari dan sebagainya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Starhill Centre pernah menempatkan gedung mewah dari Singapura, iaitu Tang's, tetapi Tang's undur dari pasaran Malaysia pada tahun 2004 sehingga kembali di Pavilion KL tiga tahun kemudian. Setelah dua tahun menjalani kerja pengubahsuaian, pada 30 Julai 2005[1], Starhill Centre dilancarkan semula sebagai Starhill Gallery dengan penampilan yang kian mewah.

Tingkat[sunting | sunting sumber]

Apa yang menarik dengan Starhill Gallery ialah tingkat-tingkatnya diberi nama sempena tema yang ditampilkan masing-masing, berbeza sekali dengan pusat beli-belah lain yang sekadar menggunakan nombor dan huruf singkatan (3, 2, 1, G, LG dsb). Walaupun begitu, nombor tingkat masih digunakan untuk mengisi nombor lot untuk tujuan menulis alamat kedai, cth. kedai Maurice Lacroix beralamat "UG27, Adorn Floor, Starhill Gallery", iaitu di lot ke-27 tingkat Adorn (UG).[2]

Skim Tingkat Starhill Gallery
Nama No. Huraian
Muse 4 Galeri seni
Relish 3 Kawasan restoran dan istirahat
Pamper 2 Khidmat penjagaan kecantikan dan kesihatan
Explore 1 Barang kemas dan fesyen
Adorn UG Jam tangan
Indulge G Jenama fesyen terkemuka
Feast LG Restoran dan tempat makan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kee Hua Chee (31 Jul 2005). "Star light, star bright". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 8 Feb 2010.
  2. ^ MAURICE LACROIX

Pautan luar[sunting | sunting sumber]