THES - QS World University Rankings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wikipedia dengan sukacita mengesyorkan penggunaan keputusan taraf kedudukan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) dan The Times Higher Education Supplement (THE) bagi mengatur kedudukan prestasi universiti-universiti dunia.
QS World University Rankings
QS-World University Rankings logo.png
Logo rasmi QS-World University Rankings
EditorDanny Byrne
KategoriPendidikan tinggi
KekerapanTahunan
PenerbitQS Quacquarelli Symonds Limited
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Laman webQS World University Rankings

Kedudukan Universiti Dunia THES - QS atau THES - QS World University Rankings ialah penerbitan kedudukan tahunan universiti seluruh dunia yang diterbitkan oleh The Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS). Ia mula diterbitkan pada tahun 2004. Kini QS World University Rankings telah diterbitkan secara persendirian oleh Quacquarelli Symonds (QS) dimana menyenaraikan senarai kedudukan universiti-universiti dunia untuk rujukan orang persendirian. QS dalam pada itu turut mempersembahkan kedudukan universiti yang dikategorikan mengikut wilayah, misalnya QS Asian University Rankings dan QS Latin American University Rankings, kedua-duanya adalah bebas dan berbeza dari taraf kedudukan universiti dunia berikutan kriteria dan kaedah perkiraan penarafan yang berbeza.[1]

Markah kedudukan ini dikira berdasarkan:

  • Markah Tinjaun Rakan Sebaya (40%)
  • Tinjauan Pengrekrut (10%)
  • Markah Fakulti Antarabangsa (5%)
  • Markah Pelajar Antarabangsa (5%)
  • Markah Fakulti/Pelajar (20%)
  • Markah Pemetikan/Fakulti (20%).

Kedudukan 20 teratas[sunting | sunting sumber]

Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Dunia 2014 (20 Teratas)[sunting | sunting sumber]

Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Dunia 2014 (20 Teratas)

Kedudukan 2014 Universiti Negara Mata purata
1 Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Amerika Syarikat 100.0 + 5 bintang QS+
2 Universiti Cambridge United Kingdom 99.4 + 5 bintang QS
2 Imperial College London United Kingdom 99.4
4 Universiti Harvard Amerika Syarikat 99.3 + 5 bintang QS
5 Universiti Oxford United Kingdom 99.2 + 5 bintang QS
5 Kolej Universiti London (UCL) United Kingdom 99.2
7 Universiti Stanford Amerika Syarikat 98.3
8 Institut Teknologi California (CALTECH) Amerika Syarikat 97.1 + 5 bintang QS
9 Universiti Princeton Amerika Syarikat 96.6 + 5 bintang QS
10 Universiti Yale Amerika Syarikat 96.5 + 5 bintang QS
11 Universiti Chicago Amerika Syarikat 95.5 + 5 bintang QS
12 Institut Teknologi Persekutuan Swiss (ETH Zurich) Switzerland 95.3
13 Universiti Pennsylvania Amerika Syarikat 94.5 + 5 bintang QS
14 Universiti Colombia Amerika Syarikat 94.1 + 5 bintang QS
14 Universiti John Hopkins Amerika Syarikat 94.1
16 Kings College London United Kingdom 92.9
17 Universiti Edinburgh United Kingdom 92.8
17 École Polytechnique Fédérale de Lausanne (EPFL) Switzerland 92.8
19 Universiti Cornell Amerika Syarikat 92.6 + 5 bintang QS
20 Universiti Toronto Kanada 92.4

Senarai Kedudukan Universiti Terbaik Dunia Antara Tahun 2004 Hingga 2008 (20 Teratas)[sunting | sunting sumber]

2008 2007 2006 2005 2004 Universiti Negara Markah purata
01 01 01 01 01 Universiti Harvard AS 01
02 02= 04= 07 08 Yale University AS 05
03 02= 02 03 06 Universiti Cambridge UK 03
04 02= 03 04 05 Universiti Oxford UK 04
05 07= 07 08 04 California Institute of Technology AS 06
06 05 09 13 14 Imperial College London UK 09
07 09 25 28 34 University College London UK 21
08 07= 11 17 13 University of Chicago AS 11
09 10 04= 02 03 Massachusetts Institute of Technology AS 06
10 11 12 20 19 Columbia University AS 14
11 14 26 32 28 University of Pennsylvania AS 22
12 06 10 09 09 Princeton University AS 09
13= 13 13 11 52 Duke University AS 20
13= 15 23 27 25 Johns Hopkins University AS 21
15 20= 15 14 23 Cornell University AS 17
16 16 16 23 16 Australian National University Australia 17
17 19 06 05 07 Stanford University AS 11
18 38= 29 36 31 University of Michigan AS 30
19 17 19= 16 12 Universiti Tokyo Jepun 17
20 12 21 24 21 McGill University Kanada 20

Kritikan[sunting | sunting sumber]

THES - QS World University Rankings banyak dikritik sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tidak mencerminkan keadaan keseluruhan dan mempromosi diri sendiri kerana ia menggunakan kategori yang lebih menguntungkan universiti di UK. Apa yang jelas, terdapat beberapa universiti di UK yang sentiasa mendapat kedudukan lima teratas dalam kedudukan THES.[2] Kedudukan THES juga dikritik kerana ia terlampau memberatkan tinjauan rakan sebaya yang menerima 40% daripada keseluruhan markah. Beberapa orang menyatakan rasa bimbang dari segi pelaksanaannya. Peter Wills[3], dari University of Auckland, New Zealand, menulis mengenai QS-THES Ranking:

"But we note also that this survey establishes its rankings by appealing to university staff, even offering financial enticements to participate (see Appendix II). Staff are likely to feel it is in their greatest interest to rank their own institution more highly than others. This means the results of the survey and any apparent change in ranking are highly questionable, and that a high ranking has no real intrinsic value in any case. We are vehemently opposed to the evaluation of the University according to the outcome of such PR competitions."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]