Turk (mekanikal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran the Turk oleh Karl Gottlieb von Windisch dalam buku 1784 Inanimate Reason
Binaan semula Turk

The Turk yang juga dikenali sebagai Turki Mekanikal atau Pemain Catur Otomatan (Jerman: Schachtürke, "catur Turki" 'Hungaria: A Torok), merupakan mesin bermain catur palsu yang di bina pada akhir abad ke-18. Dari tahun 1770 sehingga kemusnahannya dalam kebakaran pada tahun 1854, ia dipamerkan oleh ramai pemilik berbeza sebagai automaton, sungguhpun ia didedahkan pada awal 1820-an sebagai penipuan sulit.[1] Dibina dan didedahkan pada tahun 1770 oleh Wolfgang von Kempelen (1734–1804) bagi mengkagumkan Maharani Maria Theresa dari Austria, mekanisma itu kelihatan seolah-olah mampu bermain permainan mantap melawan lawan manusia, termasuk juga melakukan lawatan satria ("knight's tour"), teka-teki yang memerlukan pemain mengerakkan satria bagi menduduki setiap petak papan catur hanya sekali.

The Turk sebenarnya ilusi mekanikal yang membenarkan pakar catur manusia bersembunyi di dalam bagi mengendalikan mesin. Dengan pengendali yang mahir, the Turk memenangi kebanyakan permainan yang dimainkan semasa pertunjukannya di seluruh Eropah dan Amerika untuk tempoh selama 84 tahun, bermain dan mengalahkan ramai pencabar termasuk negarawan seperti Napoleon Bonaparte dan Benjamin Franklin. Pengendali dalam mekanisma semasa lawatan asal Kempelen kekal tidak diketahui. Apabila peranti tersebut dibeli pada tahun 1804 dan dipamerkan oleh Johann Nepomuk Mälzel, pakar catur yang mengendalikannya secara rahsia termasuk Johann Baptist Allgaier, Boncourt, Aaron Alexandre, William Lewis, Jacques François Mouret, dan William Schlumberger.

Pembinaannya[sunting | sunting sumber]

Potret diri arang bertanda tangan oleh Wolfgang von Kempelen, yang membina the Turk

Kempelen mendapat ilham untuk membina The Turk berikutan dengan kehadirannya di istana Maria Theresa dari Austria di Istana Schönbrunn, di mana François Pelletier mempersembahkan aksi ilusi. Perbualan selepas pertunjukkan menyebabkan Kempelen berjanji untuk kembali ke Istana dengan ciptaan yang akan mengatasi ilusi tersebut.[2]

Ukiran tembaga the Turk, menunjukkan kabinet terbuka dan bahagian kerja. Perhatikan pembaris di bawah kanan imej, yang memudahkan bagi memastikan dimensi automatan. Kempelen merupakan pakar pengukir dan mungkin telah melakar imej ini sendiri.

Hasil cabaran ini adalah pemain catur automatan,[3][4] yang dikenali masa moden sebagai The Turk. Mesin itu terdiri dari patung sebsaiz manusia dengan kepala dan badan manusia, dengan janggut hitam dan mata kelabu,[5] dan berpakaian dalam jubah Turki dan serban – "kastum tradisi", menurut pemberita dan pengarang Tom Standage, "dari tukang sihir "The Orient"." Lengan kirinya memegang paip merokok Turki yang panjang ketiak berehat, sementara tangan kanannya diletakkan di atas kabinet besar[6] yang berukuran sekitar tiga setengah kaki (110 cm[7]) panjang, dua kaki (60 cm) lebar dan dua setengah kaki (75 cm) tinggi. Diletakkan di atas kabinet itu adalah papan catur, yang berukuran lapan belas inci persegi. Bahagian hadapan kabinet terdiri dari tiga pintu, satu bukaan, laci, yang boleh dibuka bagi mendedahkan set catur gading merah dan putih.[8]

Gambaran kerja model. Pelbagai bahagian diarah oleh manusia melalui tuil dan mesin dalaman. Ini merupakan ukuran herot berdasarkan pengiraan Racknitz, menunjukkan reka bentuk mustahil berbanding dimensi sebenar mesin.[9]

Bahagian dalam mesin amat rumit dan direka bagi mengelirukan sesiapa yang memantaunya.[2] Apabila dibuka di sebelah kiri, pintu hadapan kabinet menunjukkan sejumlah gear dan kog sama seperti dalam jam. Seksyen ini direka agar sekiranya pintu belakang kabinet dibuka pada masa yang sama seseorang dapat melihat menembusi mesin. Bahagian sebelahnya tidak mempunyai mesin; sebaliknya ie memiliki kusyen merah dan bahagian boleh dialih, termasuk struktur tembaga. Bahagian ini turut direka bagi memberikan pandangan terus yang jelas melalui mesin. Di bawah jubah model Turki, dua lagi pintu disembunyikan. Ini turut mendedahkan mesin gerakan jam dan memberikan pandangan tidak terhalang yang sama menembusi mesin. Reka bentuk membenarkan pengacara mesin membuka setiap pintu yang ada kepada orang awam, bagi mengekalkan ilusi.[10]

Catur automatan ini terdiri dari patung kayu berpakaian Turki (makanya disebut sebagai 'The Turk') yang tubuhnya menjulur keluar dari sebuah kotak kayu besar yang penuh dengan roda gigi dan kabel. Ketika diaktifkan, patung itu dapat bermain catur melawan manusia. Mesin ini tidak hanya menirukan gerakan bermain catur manusia, tetapi Mesin ini seakan akan mampu berpikir, merencanakan sesuatu dan memiliki strategi untuk mengalahkan lawannya. Bahkan mesin ini selalu menang dalam permainan catur. Dengan kata lain, ini bukan sebuah alat mekanisma sahaja, seperti boneka. Mesin Ini, menurut penciptanya, adalah sebuah 'mesin yang dapat berpikir.' yang sebenarnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wolfgang von Kempelen, yang adalah seorang bangsawan Hungary yang membina catur automatik the Turk, pada tahun 1769 dan kemudian melakukan lawatan ke seluruh Eropah dengan catur automatik itu, memperkenalkan mesinnya kepada penonton yang biasanya adalah para bangsawan dan aristokrat. Dia biasanya mencabar penonton untuk mengalahkan robotnya dalam permainan catur. Namun para para penonton ini selalu kalah, malah salah satu yang dikalahkan oleh mesin ini adalah Benjamin Franklin.

Pada tahun 1790, mesin ini akhirnya dilerai dan disimpan oleh Kempelen. Kemudian Kempelen meninggal pada tahun 1804. Setelah kematian Kempelen, the Turk tetap disimpan selama beberapa tahun sehingga tahun 1805 ketika anaknya memutuskan untuk menjual The Turk kepada Johann Nepomuk Mälzel seharga 10.000 franc, Mälzel adalah seorang pemuzik Bavaria pengumpul perbagai mesin dan perangkat. Di mana sebelumnya Mälzel telah cuba untuk membeli The Turk sebelum kematian Kempelen. Malangnya ketika itu gagal, karena Kempelen meminta harga yang cukup tinggi yaitu : 20.000 franc;

Maelzel lalu membina semula mesin otomatan ini dan juga melakukan lawatan keseluruh Eropah serta sempat mengalahkan Napoleon Bonaparte, sebelum kemudian membawanya ke Amerika pada tahun 1826. Sekali lagi mesin ini selalu menghibur dan mempesona penonton kerana mesin ini selalu dapat mengalahkan manusia dalam permainan catur.

Sarana yang dioperasikan di dalam robot adalah yang membuat para penonton kebingungan. Sebelum melakukan pertandingan catur, Kempelen biasanya membuka pintu geser di sisi kotak untuk membuktikan bahawa kotak itu dipenuhi mesin berupa gear atau roda bergerigi dan beberapa kabel (layaknya mesin pada saat itu), dan setiap kali robot memindahkan bidak catur, maka akan terdengar bunyi mesin. Ramai orang percaya bahawa itu adalah mesin yang mampu berfikir, Namun, sebenarnya sudah ada beberapa orang yang menduga bahwa ada orang yang mengendalikan robot itu, cuma mereka tidak tahu bagaimana cara orang menjalankannya.

Rahsia Terbongkar[sunting | sunting sumber]

Ketika Mälzel membuat lawatan ke Amerika dengan "mesin" ajaibnya, penulis Edgar Allan Poe mengambil kesempatan untuk menonton pertunjukan robot ini, dan dia menulis sebuah rencana di mana dia cuba untuk menggunakan logik untuk merungkai misteri. Dia berteori bahawa ada seorang lelaki yang bersembunyi dalam tubuh Turk itu sendiri.

Rahsia the Turk terdedah pada 6 Februari 1837, hampir tujuh puluh tahun setelah penciptaan mesin otomat the Turk, dalam sebuah rencana dedahan penuh yang diterbitkan oleh Philadelphia National Gazette Literary Register. Rencana tersebut menceritakan bahawa sebenarnya ada ruang seukuran lelaki dewasa di dalam kotak di mana tubuh the Turk muncul (dia tidak berada dalam tubuh turk sebagaimana dipercayai Poe). Orang yang bersembunyi di ruang inilah yang sebenarnya bermain catur dan mengendalikan the Turk, dan kemenangan selalu dicapai kerana orang yang bersembunyi adalah orang yang mahir dalam permainan catur, salah seorangnya adalah yang turut menulis artikel tersebut.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ See SCHAFFER, Simon (1999), "Enlightened Automata", in Clark et al. (Eds), The Sciences in Enlightened Europe, Chicago and London, The University of Chicago Press, pp. 126-165.
  2. ^ a b Ricky Jay, "The Automaton Chess Player, the Invisible Girl, and the Telephone," Jay's Journal of Anomalies, vol. 4 no. 4, 2000.
  3. ^ Edgar Allan Poe, "Maelzel's Chess-Player," Southern Literary Journal, April 1836; available on the internet via the Edgar Allan Poe Society of Baltimore, Maryland, URL accessed 19 December 2006.
  4. ^ Karl Gottlieb von Windisch, Briefe über den Schachspieler von Kempelen nebst drey Kupferstichen die diese berühmte Maschine vorstellen, or Inanimate Reason; or, A Circumstantial Account of that Astonishing Piece of Mechanism, M. de Kempelen's Chess-Player, Now Exhibiting at No. 9 Savile-Row, Burlington Gardens (London, 1784); translation taken from Levitt.
  5. ^ Stephen Patrick Rice, Minding the Machine: Languages of Class in Early Industrial America (Berkeley, University of California Press, 2004), 12.
  6. ^ Tom Standage, The Turk: The Life and Times of the Famous Eighteenth-Century Chess-Playing Machine (New York: Walker, 2002), 22–23.
  7. ^ The dimensions from Jay's Journal, which expresses them to the nearest half-foot. Metric versions thus can only be precise to the nearest multiple of fifteen centimetres. If we conventionally round to the closest multiple of five centimetres, the cabinet was very roughly 110×60×75 cm and the chessboard very roughly 50 cm square.
  8. ^ Standage, 24.
  9. ^ Standage, 88
  10. ^ Standage, 24–27.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • George W. Atkinson (1 Januari 1998). Chess and Machine Intuition. Intellect L & D E F A E. ISBN 978-1-871516-44-9.
  • Bradley Ewart (1980). Chess, man vs. machine. A S Barnes & Co. ISBN 0-498-02167-X.
  • Professor Thomas L Hankins (1995). Instruments and the Imagination. ISBN 978-0-691-02997-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Feng-hsiung Hsu (2002). Behind Deep Blue: Building the Computer that Defeated the World Chess Champion. ISBN 978-0-691-09065-8.
  • Gerald M. Levitt (2000). The Turk, chess automaton. McFarland & Co Inc Pub. ISBN 0-7864-0778-6.
  • Robert Löhr (5 Julai 2007). The chess machine. Penguin Group USA. ISBN 1-59420-126-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Stephen Patrick Rice (2004). Minding the Machine: Languages of Class in Early Industrial America. University of California Press. ISBN 978-0-520-22781-1.
  • Tom Standage (1 April 2002). The Turk: The Life and Times of the Famous 19th Century Chess-Playing Machine. Walker. ISBN 978-0-8027-1391-9.
  • Gaby Wood (2002). Living Dolls: A Magical History of the Quest for Mechanical Life. Faber & Faber. ISBN 978-0-571-17879-7.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]