Umbra Comix

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Umbra comix)
Contoh kulit buku Umbra Comix

Umbra comix merupakan idea usahasama encik Ubder S. Iskandar dan Nuriazam Ismail aka Nurie, dua orang penggiat dan penggumpul komik dari utara tanah air. Ia lahir atas kesedaran kedua orang pencinta seni dan komik yang mahu mengisi kekosongan setelah merundumnya komik-komik tempatan.

Bermula dengan Umbra - Black Hole Under sebuah kompilasi komik hitam putih dengan setebal 200 muka surat lebih, Ubder bertindak sebagai penulis skripnya dan Nurie adalah pelukis komiknya. kemunculan Umbra comix dipasaran sedikit sebanyak mengejutkan peminat komik tanah air kerana isi persembahannya yang berlainan dari komik-komik arus perdana. Umbra comix kemudiannya terbit dalam saiz yang comel walaupun tempo penerbitannya 2 bulan sekali, menyebabkan pencinta komik indie ternanti-nanti. Melalui Umbra comix, kedua penggiat seni mendapat sokongan padu dari penggemar-penggemar indie.

Antara pelukis komik dan kartunis yang turut menyumbangkan untuk Umbra ialah; Kimball, Odows, Invictus, Alifstyle, Hairi, Neosidewinder, Mafia, Iki dan sayang sekali Umbra comix terpaksa menghentikan operasinya kerana faktor-faktor tertentu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.