Undian pemenang undi terbanyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak (Bahasa Inggeris: first-past-the-post, FPTP) ialah suatu sistem undian di mana pemenang suatu pemilihan ialah calon yang mendapat undi paling banyak, melebihi mana-mana calon lain Ia merupakan ciri biasa, walaupun bukan sejagat, sistem pengundian dengan daerah perwakilan tunggal, dan selepas suatu masa lazimnya menimbulkan pertandingan antara dua parti utama.

Dalam sistem ini, calon yang menang mungkin tidak akan mendapat majoriti daripada jumlah undi. Contohnya, dalam suatu kawasan pilihan raya, Calon A mendapat 32% undi, Calon B mendapat 35% undi dan Calon C mendapat 33% undi. Tiada seorang pun yang mendapat majoriti mutlak melebihi 50%, tetapi calon yang mendapat undian terbanyak akan diumum sebagai pemenang. Dalam kes ini, Calon B adalah pemenang.[1]

Sistem undian pemenang undi terbanyak ialah sejenis sistem pengundian majoriti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]