Arumugam Vengatarakoo
(Dilencongkan dari V. Arumugam)
Yang Berhormat Tuan Arumugam Vengatarakoo | |
---|---|
Memegang jawatan 2023 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Bukit Selambau | |
Dalam jawatan 2009–2008 | |
Didahului oleh | Saravanan Velia Udayar |
Digantikan oleh | Manikumar Subramanian |
Majoriti | 2,362 (2008) |
Butiran peribadi | |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Arumugam a/l Vengatarakoo ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi DUN Bukit Selambau atas tiket Bebas pada 2008.
Selepas memenangi pilihan raya 2008, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[1] memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India[2].
Walau bagaimanapun, beliau telah meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN pada Februari 2009 yang menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil.[3][4]
Sebelum menyertai politik, Arumugam ialah seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Gabriel, Paul; Embun Majid (12 March 2008). "DAP rep not in Kedah exco". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 27 April 2010.
- ^ "Senarai portfolio dan email MB dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah 2008" (dalam bahasa Inggeris). 2008-04-04. Dicapai pada 2023-10-11.
- ^ a b "PKR's Arumugam quits as assemblyman and exco member". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). 10 February 2009. Dicapai pada 27 April 2010.
- ^ Kuppusamy, Baradan (17 April 2009). "PR's chain of trouble from weak link". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 27 April 2010.