Wikipedia:Manual gaya penulisan/Perenggan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perenggan pada lazimnya adalah kumpulan beberapa ayat yang membincangkan suatu topik kecil dalam suatu rencana. Dalam proses pembinaan perenggan, beberapa ayat yang membincangkan satu gagasan yang sama akan dihimpunkan untuk menjadi satu perenggan

Dalam keadaan tertentu, perenggan boleh terdiri daripada sebuah ayat. Perenggan seperti dikenali sebagai perenggan satu-ayat. Dalam wikipedia, perenggan satu-ayat merupakan sesuatu yang harus dielakkan. Ini adalah kerana perenggan satu-ayat menunjukkan sesuatu gagasan itu tidak dihuraikan dengan lebih lanjut. Daripada itu, pembaca mungkin sukar memahami rencana ataupun gagasan yang ingin dibincangkan oleh anda.

Selain itu, perenggan satu-ayat mungkin juga menunjukkan bahawa ayat anda merupakan satu ayat yang terlalu panjang sehingga ia boleh menjadi sebuah perenggan dengan sendirinya. Di sini, walaupun ayat yang panjang itu menunjukkan kedalaman isi, tetapi ia bercanggah dengan kepentingan pembaca. Pembaca wikipedia, yang rata-ratanya terdiri daripada orang awam, mungkin tidak biasa untuk memahami ayat yang terlalu kompleks. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, anda boleh memecahkan ayat majmuk anda kepada beberapa ayat tunggal.