Pengguna:Muhd redzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Muhd redzuan atau Muhd Redzuan Bin Abdul Hamid (nama penuh), dilahirkan di Hospital Besar Banting pada 20 April 1987. Beliau dilahirkan pada pukul 12.02 a.m di hospital berkenaan pada tarikh yang sama. Ibunya yang bernama Noratna Binti Ibrahim yang ketika itu berusia 25 tahun, berjaya melahirkan bayi seberat 3.36 kg.

Pada mulanya, bapanya, Abdul Hamid Bin Jahid, melakukan perkara yang lazim terhadap bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri) meminta adiknya untuk memberikan nama kepada anak yang baru lahir ini. Justeru itu, nama Muhd Redzuan dipilih untuk diberikan kepadanya.

Ketika kecil, beliau tinggal bersama neneknya yang menetap di Banting, Selangor, manakala, ibu bapanya tinggal di Klang, Selangor. Meskipun tinggal di daerah yang berlainan, Muhd Redzuan tidak pernah kehilangan merasa kasih sayang seorang ibu. Hal ini kerana, hanya ketika berusia 5 tahun, neneknya, Hjh. Badariah Binti Othman, membenarkannya tinggal bersama ibu bapanya.

Anak ke-2 dari 6 orang adik beradik ini, tinggal dalam keadaan yang sederhana bersama keluarganya yang tersayang. Meskipun bilangan adik beradik yang ramai, kasih sayang yang diberi oleh si ibu dan si ayah sama rata.

Sejarah Akademik[sunting | sunting sumber]

Menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Rantau Panjang Klang, ketika berusia 5 tahun. Seterusnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dari tahun 1994 sehingga 1999. Mengambil peperiksaan PTS (Penilaian Tahap Satu) pada tahun 1996 iaitu darjah 3, nasib yang kurang menyebelahinya. Kerana keputusan yang diperoleh memuaskan hati dan menjalani hidupan seperti pelajar biasa.

Peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) yang wajib bagi setiap pelajar darjah 6 bagi sekolah seluruh Malaysia. Keputusan yang diperoleh bagi ujian ini adalah 2A 3B, iaitu A bagi Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2 manalaka B bagi matapelajaran lain.

Disamping itu, bidang sekolah agama juga tidak dilupakan, meskipun memulakan pembelajaran sekolah agama ketika di darjah 2, namun bagi anak kecil ini ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya. Bersekolah di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang dari 1995 - 1999. Fokus terhadap sekolah agama ini ialah untuk membentuk akhlak mulia dan jati diri sebagai umat islam. Tambahan pula, ujian yang menanti ketika di darjah 6 iaitu SPRA (Sijil Penilaian Rendah Agama).

Ketika ini, barulah kecenderungan terhadap pelajaran jelas terlihat. Keputusan cemerlang di dalam sekolah agama yang diperoleh setiap tahun melayakkannya menerima anugerah pelajar cemerlang setiap tahun dari darjah 2 sehingga darjah 6. Justeru itu, SPRA menjadi batu pengukur kejayaannya, bilamana beliau memperoleh keputusan yang cemerlang bersama rakan-rakannya yang lain. Keputusan diukur berdasarkan istilah arab iaitu jayyid jiddan.

Azamnya untuk menyambung persekolahan di aliran menengah agama termakbul apabila ditawarkan ke Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Klang. Dari situlah, beliau mengenal erti kehidupan remaja. Ketika bersekolah menengah, ikutan terhadap budaya yang negatif begitu menular sehingga Muhd redzuan terjebak mengikut aktiviti-aktiviti sedemikian. Keadaan bertambah parah lagi apabila, prestasi mata pelajarannya juga turut merosot. Beliau dari seorang yang berdedikasi dan menumpukan pelajaran, bertukar menjadi seorang yang mungkar.

Hasilnya, keputusan PMR (Penilaian Menengah Rendah) yang menurun. Keputusan hambar yang diperolehinya adalah, 2A,5B,1C,1E. Peperiksaan di sekolah aliran agama ini mewajibkan penuntutnya untuk sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Arab. Malangnya, keputusan gagal mata pelajaran tersebut memaksanya untuk berhijrah ke sekolah aliran biasa.

Persekolahan disambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra, di Banting Selangor. Hal ini juga turut di desak atas keluarganya yang berpindah di kawasan tersebut. Bapanya membeli sebuah rumah di Taman Banting Baru, yang didiaminya sehingga kini.

Memulakan Persekolahan di banting pada tahun 2003, iaitu ketika di tingkatan 4.