Ōyama Sutematsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Puteri Ōyama Sutematsu (Jepun: 大山 捨松) yang dilahirkan dengan nama Yamakawa Sakiko (Jepun: 山川 咲子) merupakan seorang tokoh terkemuka pada era Meiji, dan wanita Jepun pertama yang menerima ijazah kolej. Beliau dilahirkan dalam keluarga samurai tradisional yang menyokong Kesyogunan Tokugawa semasa Perang Boshin. Ketika beliau masih seorang kanak-kanak, beliau terselamat daripada pengepungan yang dikenali sebagai Pertempuran Aizu yang telah berlangsung selama sebulan pada tahun 1868. Beliau juga pernah menjalani kehidupan pelarian untuk satu jangka masa yang pendek.