195
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 195. Bagi kegunaan lain, sila lihat 195 (nombor).
| Abad: | Abad ke-1 · Abad ke-2 · Abad ke-3 |
| Dekad: | 160-an 170-an 180-an 190-an 200-an 210-an 220-an |
| Tahun: | 192 193 194 195 196 197 198 |
195 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
Mengikut tempat [sunting]
Asia [sunting]
- Tahun terakhir (ke-2) Zaman Xingping bagi Dinasti Han di China.
- Di China, tentera persekutuan Xiongnu menyeberangi Tembok Besar China dan memantapkan kedudukannya di provinsi Shanxi.
Empayar Rom [sunting]
- Maharaja Septimius Severus menyebabkan Senat Rom mendewakan Commodus dalam sebuah percubaan untuk bermurah hati dengan keluarga Marcus Aurelius.
- Vologases V dari Parthia menyerang Mesopotamia yang dikuasai oleh Empayar Rom.
- Severus membuat perjalanan ke Mesopotamia untuk bertempur dengan tentera Parthia.
- Provinsi Syria dibahagikan dan peranan Antioch dikurangkan.
- Clodius Albinus yang diisytiharkan sebagai maharaja di Britain menyeberangi masuk ke Gaul dengan legion-legionnya dan pada waktu yang sama, merekrut askar-askar baru. Beliau kemudian menjadi ketua angkatan tentera yang terdiri daripada 150,000 orang askar. Severus yang masih berada di Mesopotamia kembali dengan segera ke Rom.
- Caracalla diberikan nama keluarga "Caesar".
- Severus menurunkan nilai duit syiling denarius yang kini hanya mengandungi 50% logam berharga.
Kelahiran [sunting]
Kematian [sunting]
- Fan Chou yang dibunuh oleh Guo Si
- Zhang Miao yang ditewaskan oleh Cao Cao
- Zhu Jun, akibat penyakit