Dinasti Han
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dinasti Han (Tulisan Cina Tradisional: 漢朝, pinyin: Han Chao) (206 SM - 220) adalah satu daripada tiga dinasti yang paling berpengaruh di China sepanjang sejarahnya. Dinasti ini meletakkan dasar-dasar kebangsaan China mewarisi penyatuan China dari dinasti sebelumnya, Dinasti Qin. Dinasti Han sendiri didirikan oleh Liu Bang, seorang petani yang memenangi perang saudara dengan saingannya, Xiang Yu. Dinasti Han merupakan salah satu dinasti terkuat di China, dan disebabkan pengaruhnya yang besar, etnik-etnik majoriti di China sekarang ini menyebut mereka orang Han (walaupun mungkin nenek moyang mereka bukan dari etnik Han).
Isi kandungan |
[sunting] Kronologi Empayar
Ada 13 maharaja yang memimpin Dinasti Han Barat (206 SM - 8) dan 13 maharaja memimpin Dinasti Han Timur (23 - 220). Antara tahun ke-8 dan tahun ke-23, terdapat sebuah Dinasti Xin yang menjadi sempadan Dinasti Han Barat dan Timur.
[sunting] Wilayah
Setelah mengalahkan negeri Chu, kemudian Liu Bang menggabungkan negeri-negeri lain di China dan mendirikan dinasti Han.
[sunting] Struktur Pemerintahan
Pada awalnya, Liu Bang (Maharaja Gao) membahagi negara menjadi beberapa bahagian feudal dengan maksud untuk memuaskan para pemimpin negeri yang bergabung dengannya ketika perang Chu-Han, walaupun dia menrancang untuk menyingkir mereka setelah Liu Bang menggabungkan dan menyusun pasukan tenteranya.
[sunting] Sosial, budaya dan agama
Pada masa dinasti Han, ajaran Konfusius dan Taoisme berkembang pesat.
[sunting] Hubungan Luar Negeri
Dinasti Han melakukan perdagangan dan meluaskan budayanya ke negara Korea, Mongolia, Vietnam, dan Asia Tengah.
[sunting] Tokoh-tokoh Terkenal
- Liu Bang : pengasas dinasti Han dan maharaja pertama dinasti Han Timur
- Liu Xiu : seorang anggota kerajaan Liu yang berjaya mengguling dinasti Xin, dan mendirikan kembali dinasti Han (atau yang dikenal dengan Han Timur)
- Wang Mang : pemberontak yang pada akhirnya berjaya mengguling pemerintahan dinasti Han Barat, kerana menganggap keluarga kerajaan Liu sudah tidak mempunyai kuasa mandat syurgawi lagi.
[sunting] Lihat juga
| Didahului oleh Dinasti Qin |
Dinasti Han 206 SM - 220 |
Diikuti oleh: Tiga Kerajaan |