33
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 33. Bagi kegunaan lain, sila lihat 33 (nombor).
| Abad: | Abad ke-1 SM · Abad ke-1 · Abad ke-2 |
| Dekad: | 0-an 10-an 20-an 30-an 40-an 50-an 60-an |
| Tahun: | 30 31 32 33 34 35 36 |
33 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
Peristiwa [sunting]
Mengikut tempat [sunting]
Empayar Rom [sunting]
- Galba menjadi konsul Rom
- Tiberius menubuhkan bank pinjaman di Rome.
- Krisis kewangan melanda Empayar Rom, akibat dasar-dasar fiskal yang buruk. Nilai tanah jatuh menjunam, dan pinjaman meningkat. Keadaan ini mengakibat kekurangan wang tunai, krisis keyakinan, dan spekulasi harta tanah. Mangsa-manga untama ialah para senator, kesatria, dan orang kaya. Banyak keluarga bangsawan dihancurkan.
Mengikut topik [sunting]
Agama [sunting]
- Kronologi Kristian yang berikut mengggunakan tarikh-tarikh tradisi; tahun 30 dan tahun 28 juga telah dicadangkan sebagai tarikh untuk peristiwa-peristiwa ini, dan kini dianggap sebagai tarikh-tarikh yang lebih mungkin.
- Pemasukan Kemenangan Jesus ke Jerusalem - Ahad, 29 Mac (Ahad Palma)
- Santapan Terakhir - Khamis, 2 April (Khamis Suci)
- Judas Iscariot, pengikut Jesus, dilaporkan membunuh diri beberapa jam sebelum kematian gurunya
- Penyaliban Jesus - Jumaat, 3 April (Good Friday)
- Kebangkitan Jesus - Ahad, 5 April (Hari Easter)
- Naiknya Jesus ke langit - Khamis, 14 Mei
- Kedatangan Roh Suci - Ahad, 24 Mei (Pentekosta)
- Secara tradisi, agama Kristian diasaskan pada tarikh ini kerana "tempoh penyediaan" untuk Zaman Gereja telah tamat. Mazhab-mazhab Ortodoks Timur dan Roman Katolik juga menuntut tarikh ini sebagai tarikh pengasasan masing-masing.
- Santo Peter menjadi Paus (menurut tradisi Roman Katolik) (sila lihat tahun 32).
Kelahiran [sunting]
- Gaius Rubellius Plautus, anak lelaki kepada Gaius Rubellius Blandus dan Julia.
Kematian [sunting]
- Gaius Asinius Gallus, balu Vipsania Agrippina dan kehendak berpotensi Agrippina si Lebih Tua (kebuluran)
- Agrippina si Lebih Tua, isteri Germanicus (pembunuhan diri melalui kebuluran)
- Nero Caesar (harus tidak dikelirukan dengan Maharaja Nero Caesar), anak lelaki Germanicus dan Agrippina si Lebih Tua, cucu angkat Tiberius (kebuluran)
- Drusus Caesar, anak lelaki kepada Germanicus dan Agrippina si Lebih Tua, serta anak angkat Tiberius (kebuluran)
- Marcus Aemilius Lepidus, senator, konsul 6, bapa mertua Drusus Caesar (mati biasa)