457 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM
Dekad: 480-an SM 470-an SM 460-an SM 450-an SM 440-an SM 430-an SM 420-an SM
Tahun: 460 SM 459 SM 458 SM 457 SM 456 SM 455 SM 454 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Athens, ketua Liga Delos, terlibat dalam pertikaian dengan Corinth dan sekutunya, Sparta (ketua Liga Peloponnesus) tentang Megara. Nicodemes dari Sparta, pemangku raja untuk Raja Pleistoanax, mengetuai sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada 11,500 orang hoplit (askar infantri) masuk ke Boeotia untuk membantu Thebes mematahkan pemberontakan oleh Phocis.
  • Angkatan tentera Athens menyekat laluan-laluan balik ke Peloponnesus dan oleh itu, tentera Sparta memutuskan untuk kekal di Boeotia dan menunggu serangan Athens. Athens dan sekutu-sekutunya, dengan 14,000 askar di bawah kuasa pemerintahan Myronides, bertemu dengan tentera Sparta dalam Perang Tanagra. Tentera Sparta memenangi pertempuran itu tetapi mereka mengalami kerugian yang besar dan oleh itu, tidak dapat menggunakan kesempatan yang diwujudkan oleh kemenangan mereka.
  • Tentera Athens berkumpul semula selepas pertempuran dan mara ke Boeotia. Diketuai oleh Myronides, tentera Athens menewaskan tentera Boeotia dalam Pertempuran Oenophyta, dan kemudian memusnahkan tembok-tembok Tanagra, serta menjarah Locris dan Phocis.
  • Athens kemudian menewaskan Aegina dalam tahun yang sama, dan menyiapkan pembinaan Tembok-tembok Panjang untuk pelabuhan Athens di Piraeus (suatu tindakan yang ditentang oleh Sparta).
  • Boeotia, Phocis dan Locris Timur menjadi ahli-ahli Liga Delos. Athens kini telah memasukkan semua kota-kota Boeotia ke dalam Liga Delos, kecuali Thebes. Aegina terpaksa menjadi ahli liga tersebut. Bersama-sama dengan Thasos, ia ditaksir membayar sumbangan sebanyak 30 talen setahun kepada Liga Delos.
  • Candi Zeus di Olympia disiapkan.

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]