Athens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 37°58′47″U, 23°43′46″T

Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)

Αθήνα
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Mohor  bagi Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)
Mohor
Nama samaran: Kota Athena atau Tempat Bermulanya Demokrasi
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Koordinat: Koordinat: Format argumen tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah
Negara Greece
Pinggir Attica
Prefektur Athens
Pengasasan k.k. 2000 SM
Kerajaan
 - Datuk Bandar Nikitas Kaklamanis
Ketinggian 229.67 kaki (70 m)
Kepadatan (2001)
 - Bandar 745,514
 - Kaw. perbandaran 3,130,841
 - Metro 3,761,810
  [1] [2]
Zon masa EET (UTC+2)
 - Musim panas (DST) +1 (UTC)
Kod-kod pos 10x xx, 11x xx, 120 xx
Kod kawasan 210, 211, 212
Kod plat nombor kereta: Yxx, Zxx, Ixx (tak termasuk INx)
Laman web: www.cityofathens.gr

Athens (bahasa Greek: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar Greece dan tempat asal demokrasi. Dinamai sempena nama dewi Athena, Athens ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota Greek ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Greece. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². [5]

Athens Kuno merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal, dan adalah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle. Ia dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu. Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunan Parthenon di atas Akropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untuk Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896, dan pada tahun 2004, ia menyambut Sukan Olimpik Musim Panas kembali dengan kejayaan yang cemerlang.


Nama[sunting | sunting sumber]

Templat:NameWikt

Dalam bahasa Yunani, nama Athens ialah Ἀθῆναι (Athenai), dan adalah berkait dengan Ἀθηνᾶ (Athena) dan Ἀθήνη (Athene), masing-masing merupakan nama Attic dan Ionik untuk dewi Athena. Nama kota ini mungkin berbentuk jamak, seperti Θῆβαι (Thebai) dan Μυκῆναι (Mykenai), kerana ia terdiri daripada banyak bahagian. Pada abad ke-19, Ἀθῆναι telah diterima semula secara rasmi sebagai nama bandar rayanya. Bagaimanapun, sejak penghentian penggunaan bahasa Greek Katharevousa secara rasmi pada dekad 1970-an, bentuk umum Αθήνα (Athína) telah menjadi nama rasmi bandar raya ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Geografi dan jumlah penduduk[sunting | sunting sumber]

Athens berselerak ke semua arah dataran tengah Attica, sering dirujuk sebagai Lembangan Attica, yang dibatasi oleh Gunung Aegaleo di barat, Gunung Parnitha di utara, Gunung Penteli di timur laut, Gunung Hymettus di timur, dan Teluk Saronic di barat daya. Athens telah berkembang sehingga meliputi seluruh dataran dan mengakibatkan pertumbuhan selanjutnya lebih sukar pada masa hadapan. Geomorfologi Athens mengakibatkan apa yang dipanggil fenomena penyongsangan suhu yang bertanggungjawab sebahagiannya untuk masalah-masalah pencemaran udara yang dihadapi oleh bandar raya baru-baru ini. (Los Angeles yang mempunyai geomorfologi yang serupa, juga menghadapi masalah yang sama).

Athens secara rasmi mempunyai jumlah penduduk sebanyak 745,514 orang, dengan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Bagaimanapun, jumlah penduduknya yang sebenar dipercayai adalah jauh lebih tinggi, kerana ketika banci (yang berlaku pada setiap sepuluh tahun), sesetengah penduduk Athens balik ke tempat asal mereka dan berdaftar sebagai warganegara tempatan di sana. Juga tidak dapat dikesan ialah sebilangan pendatang tak berdaftar yang berasal khususnya dari Albania dan negara-negara Eropah Timur yang lain. [6][7]

Tapak kuno Athens berpusat di bukit akropolis yang berbatu-batan. Pada zaman kuno, pelabuhan Piraeus adalah sebuah kota yang berasingan, tetapi kini telah diserap ke dalam Athens yang lebih besar. Perkembangan bandar raya ini yang pesat yang dimulakan pada dekad 50-an dan 60-an masih diteruskan pada hari ini kerana peralihannya daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. [8] Perluasan kini adalah khususnya pada arah timur dan timur laut (kecenderungan ini adalah amat berkait dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos yang baru dan Attiki Odos, lebuh raya yang merentasi Attica). Melalui proses ini, Athens telah menyerap banyak bekas subbandar dan desa di Attica dan kini masih berbuat demikian.

Galeri gambar foto[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Bandaraya Kebudayaan Eropah
1985
Diikuti oleh:
Florence


  Utara: Galatsi, Filothei  
Barat: Peristeri, Aigaleo, Tavros, Kallithea Athens Timur: Zografou
  Selatan: Dafni, Ymittos