Abdul Rahman II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abd ar-Rahman II dari Cordoba)
Lompat ke: pandu arah, cari

Abd ar-Rahman II (Arab: عبد الرحمن الثاني) ‎ (788-852) ialah Amir Cordoba (juga dieja Córdova) daripada keturunan Bani Umaiyyah di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).

Anak kepada Amir Al-Hakam I, beliau menjadi Amir Cordoba pada tahun 822 M dan sering bertempur dengan Alfonso II dari Asturias, dan berjaya menghalang kemaraan tentera Alfonso antara tahun 822842 M. Pada tahun 837 beliau berjaya menewaskan satu pemberontakan oleh masyarakat Kristian dan Yahudi di Toledo dan berjaya menggagalkan serangan oleh puak Viking pada tahun 844. Beliau kemudian membina angkatan laut di Seville untuk menangkis serangan pada masa hadapan.

Beliau dikenali sebagai orang yang mengadakan program pembangunan masyarakat di Cordoba, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 852. Beliau seorang wira yang berani, akan tetapi beliau juga dikenali sebagai peminat kesenian. Beliau juga terbabit dalam hukuman terhadap masyarakat Kristian yang mengutuk nama suci Allah.


Didahului oleh
al-Hakam I
Ketua Umaiyyah Diikuti oleh:
Muhammad I
Amiriah Cordoba
822–842
Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Abd-ar-Rahman II.

Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.