Domain awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar rumah kampung Sumatra ini diterbitkan pada tahun 1810 dan kini berada dalam domain awam

Domain awam merupakan himpunan pengetahuan dan pembaharuan (terutamanya perkara kreatif seperti penulisan, seni, muzik, sains, ciptaan dan lain-lain; di mana tidak ada seseorang atau suatu pertubuhan dapat membuktikan kepentingan dalam suatu bidang kuasa (biasanya dibuktikan dengan sebuah hak cipta atau paten). Hasil kerja dan penemuan yang ada dalam domain awam dianggap sebagai sebahagian dari warisan budaya am, dan semua orang dapat menggunakannya tanpa batasan (termasuklah tujuan komersil).

Hak cipta diberikan dalam mempromosikan pengembangan seni dan sains dengan memberikan pulangan (kewangan) kepada pencipta. Tetapi setelah tempoh masa yang tertentu, karya mereka akan dikelaskan sebagai domain awam. Karya yang terdapat dalam Domain awam boleh digunakan oleh semua orang tanpa beban kewangan atau sosial.

Ini bertujuan bagi memberi peluang orang awam menggunakan ciptaan yang telah lama, selain bagi menggalakkan penciptaan barangan baru bagi menggantikan ciptaan yang telah memasuki domain awam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Fishman, Stephen, The Public Domain: How to Find & Use Copyright-Free Writings, Music, Art & More. ISBN 0873374339