Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri (1024 H/1615 M - 1105 H/1693 M) atau juga lebih dikenali sebagai Tok Sheikh di Kuala merupakan seorang penulis dan ulama yang mengajar di Aceh sekitar 1661. Abdul Rauf dilahirkan di Singkil, barat-selatan Aceh. Dengan itu dia juga dikenali sebagai Abdul Rauf Singkel.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdul Rauf mendapat pendidikan awal di India sebelum melanjutkan pengajiannya di Makkah dengan Sheikh Abu Hafas Umar bin Abdullah Ba Shaiban. Beliau juga mendapat pendidikan di Madinah, Jeddah, Mokha, Zavid dan Betalfakih selama lebih 19 tahun. Selain daripada itu dia turut mendapatkan pendidikan di Aceh dan Palembang. Antara gurunya yang dikenal pasti tidak kurang daripada 15 orang, antaranya adalah Abdul Kadir Maurir di Mokha, Ahmad al-Qushashi di Madinah, dan Burhan al-Din Maula Ibrahim ibn Hassan al-Kurani.

Karya[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Melayu dan dikarang semasa beliau berada di India, Pahang, dan Aceh. Kebanyakan hasil karya beliau tidak dapat dikesan lagi, tetapi antaranya adalah :-

  • manuskrip Mir'at at-tullab fi tashil ma'rifat al-ahkam a'sh shar'iyyah li malik a'l-wahhab yang disusun di atas permintaan Taj u'l-'alam Safiat-u'd-din, Permaisuri Aceh (1641-1675). Satu salinan terdapat di Universiti Leiden dan Batavia.
  • Komentar Baidawi pada al-Quran yang kemudiannya diterbitkan pada 1884.
  • Umdat al-muhtajin yang merupakan sebuah kitab zikir kearah kesufian. Termasuk gambaran dan cara pengarang-pengarang ternama mendapat pengetahuan.
  • Kifayat al-muhtajin yang membincangkan mengenai ilmu tasawuf termasuk mengulas mengenai kitab-kitab A'yan thabitah, Kitab mau'izat al-badi, Iidhahul bayaani fi tahqiqi masaail a'yaani, Ta'biirul bayaani, dan lain-lain.
  • Sirat al-mustaqim yang merupakan kitab fikah pertama dikesan, dalam bahasa Melayu. Cetakan pertama sekali diteliti (tasyhih) oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan dicetak di Turki. Ia kemudian dicetak sebagai bab dalam Sabil al-muhtadin dan digunakan sehingga kini.
  • Bas-u samawati wal ardi yang dicetak sebagai bab dalam kitab Taj al-mulk
  • al-Fawaid bahiyah yang dicetak sebagai bab dalam kitab Jam'u al-fawaid.
  • Asrar al-insani fi ma'rifat al-ruh al-rahman
  • Hujjah al-siddiq li daf'i al-zindiq
  • Tibyan fi mi'rifah al adyan
  • Bustan al-salatin dalam tujuh jilid
  • Hill al-Zill
  • Ma'al-hayatiyi li ahli al-mamat
  • Tarjuman al-Mustafid, kitab terjemahan ayat al-Qur'an dengan tafsirnya. Tafsir di dalam kitab ini sumbernya adalah dari kitab Tafsir al-Jalalayn dan lain-lain.
  • Syarah Hadith 40, kitab syarahan Hadith dari kumpulan kitab Hadith 40 yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]